fbpx
Now Reading
Lelaki Maki Penjual Nasi Lemak Kerana Berang Ditegur Tak Pakai Mask Sudah Ditahan Polis

Lelaki Maki Penjual Nasi Lemak Kerana Berang Ditegur Tak Pakai Mask Sudah Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video memperlihatkan aksi biadap seorang lelaki yang memaki hamun dan menggunakan bahasa lucah terhadap seorang peniaga nasi lemak dan anaknya kerana berang ditegur tidak memakai face mask.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, lelaki tersebut turut dilihat memaki dan melakukan provokasi terhadap seorang pelanggan disana yang cuba menenangkan keadaan.

Peniaga tersebut bersama anakanya kemudian menenangkan pelanggan berbaju oren tersebut dan membawanya ketepi dipercayai bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingin berlaku diantara kedua mereka.

@lyncentino

##fyp

♬ original sound – Lyn centino

Sudah ditahan polis

Terbaharu hari ini, polis difahamkan sudah pun menahan lelaki berusia 33 tahun itu di rumahnya di Jalan Desa Bakti tidak jauh dari lokasi insiden di gerai nasi lemak gerai nasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields Basri Sagon berkata lelaki berkenaan ditahan pada jam 8 malam susulan laporan polis yang diterima dari pengadu.

“Lelaki itu ditahan selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Basri berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021.

Dalam pada itu tular satu lagi video di dipercayai lelaki sama memaki hamun dan menggunakan perkatan lucah terhadap seorang wanita lain di dalam sebuah gym.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.