fbpx
Now Reading
YDP Agong Zahir Rasa Dukacita Pembatalan Ordinan Darurat Dibuat Tanpa Perkenan

YDP Agong Zahir Rasa Dukacita Pembatalan Ordinan Darurat Dibuat Tanpa Perkenan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini kerana pembatalan semua Ordinan Darurat tersebut sepanjang tempoh darurat lalu belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.

Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majliis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua ordinan darurat dibentangkan dan dibahasakan di Parlimen tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada khamis.

Zahir penghargaan di atas perlaksanaan parlimen

Menurut kenyataan itu lagi, Baginda dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan diatas pelaksanaan persidangan parlimen yang telah bermula pada isnin lalu, 26 Julai 2021.

“Ianya adalah sejajar dengan saranan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 supaya persidangan parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat ” katanya dalam kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.