fbpx
Now Reading
Agong & Raja Pemaisuri Menari Poco-Poco Ketika Majlis Persantapan Diraja Putera Mateen Raih Perhatian [Video]

Agong & Raja Pemaisuri Menari Poco-Poco Ketika Majlis Persantapan Diraja Putera Mateen Raih Perhatian [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan Agong dan Raja Permaisuri begitu gembira sewaktu menari poco-poco.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 11 Januari yang lalu, Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Malah sebaik sahaja selesai pasangan Diraja itu diijabkabulkan sebanyak 17 das tembakan telah dilepaskan di perkarangan kawasan masjid untuk memaklumkan istiadat itu telah dilakukan dengan sempurna.

Sejak itu, pasangan ini mula menjadi perhatian tidak hanya di Brunei tetapi turut menjadi bualan ramai di Malaysia mengenai Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang berlangsung pada 14 Januari lalu.

Agong dan Raja Permaisuri turut sertai menari poco-poco bersama Putera Mateen

Selain pasangan Diraja itu, antara yang turut menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut mencemar duli dalam sewaktu Majlis Persantapan Diraja.

Malah apa yang menarik kelihatan Seri Paduka Baginda turut bersama dengan tetamu diraja yang lain telah menari poco-poco.

Kelihatan gerak lemah gemalai tarian itu juga dilakukan oleh Putera Mateen yang berada di barisan paling hadapan.

Kelihatan Seri Paduka Baginda begitu gembira

Turut kelihatan wajah baginda berdua begitu gembira sewaktu melakukan tarian poco-poco tersebut.

Kemesraan baginda ketika melakukan aktiviti tersebut sewaktu majlis berkenaan membuatkan ramai terhibur selain turut menyifatkan baginda berdua bersama Putera Mateen kelihatan comel.

Mengintai di ruangan komen, tidak kurang ada juga yang menyifatkkan Agong dan Raja Permaisuri terbuka (sporting) untuk melakukan poco-poco.

Ada juga yang teruja apabila melihat baginda hafal setiap langkah tarian berkenaan.

Untuk makluman tarian poco-poco merupakan satu senaman yang terkenal di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Malaysia, Brunei dan juga lain-lain dan tarian ini mula menjadi terkenal sejak tahun 90-an.

Tarian ini juga dianggap satu senaman yang sihat, malah pada suatu ketika dahulu atau mungkin sehingga kini masih menjadi pilihan segelintir rakyat di negara ini untuk menjadikan ia sebagai senaman rutin bagi mengerakkan badan untuk lebih sihat.

“Permaisuri pro dah ni menari poco-poco”

“Comel je”

“Permaisuri Agong Tuanku tu memang berhati rakyat, comel je”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.