fbpx
Now Reading
Bayi Baru Lahir Maut Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas Selepas Ibu Bersalin Tanpa Sengaja

Bayi Baru Lahir Maut Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas Selepas Ibu Bersalin Tanpa Sengaja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Luluh hati seorang ibu di Parit 7, Sekinchan apabila dia tanpa sengaja telah melahirkan bayinya ketika berada di dalam tandas menyebabkan si bayi terjatuh ke dalam lubang mangkuk tandas lalu meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis
menerusi satu kenyataan berkata, dalam insiden yang berlaku sekitar 4.03 petang itu, wanita berkenaan yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan difahamkan telah melahirkan bayinya itu tanpa sengaja ketika mahu membuang air besar.

Pihaknya kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan berjaya membawa keluar bayi berkeanan dalam masa 10 minit dengan memecahkan tandas tersebut.

“Sebaik tiba, kami mendapati bayi yang dilahirkan itu terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya dengan cara memecahkan mangkuk tandas.

“Pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Hafisham, ibu mangsa berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk menerima rawatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.