fbpx
Now Reading
KKM Tangguh Umrah Demi Nyawa Rakyat, Kata PM

KKM Tangguh Umrah Demi Nyawa Rakyat, Kata PM

Difahamkan KKM akan membentangkan secara terperinci isu berkenaan pada Mesyuarat Khas Kabinet yang akan berlangsung esok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah menangguhkan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah yang akan berkuatkuasa pada 8 Januari ini.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ), penangguhan itu akan kekal sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Baca artikel berkaitan : Kebenaran Ibadah Umrah Ditangguh Bermula 8 Januari – KJ

Isu tersebut bagaimanapun mendapat respon yang pelbagai dari masyarakat khususnya di kalangan bakal jemaah yang sudah menempah tiket penerbangan ke tanah suci selain operator pelancongan yang menguruskan ibadah umrah.

Malah, ia turut menimbulkan perdebatan apabila ada segelintir netizen yang menyokong tersebut manakala segelintir lagi dilihat kurang senang dengan keputusan itu.

Baca artikel berkaitan : Umrah Tangguh, London Boleh Pula Pergi? Netizen Mula Bangkit Isu Ini

Menyedari isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan keputusan berkenaan diambil oleh KKM adalah untuk menjaga nyawa rakyat.

Menerusi laporan Harian Metro, Ismail Sabri berkata, beliau bagaimanapun akan mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu berkenaan menerusi pembentangan yang akan dilakukan KJ Mesyuarat Khas Kabinet, esok hari.

Foto : Al Arabiya

Akan dapat maklumat terperinci dari KJ esok

“KKM akan bentang isu Covid-19 terutama berkaitan penularan varian Omicron termasuk keputusan yang dibuat mengenai umrah dalam Mesyuarat Khas Kabinet.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah.

“Cuma saya nak maklumkan tindakan Kementerian Kesihatan lebih kepada nak jaga nyawa kita. Apa-apa pun esok saya mahu dapat laporan terperinci dahulu,” kata beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.