fbpx
Now Reading
Isu Nitrit Dalam Sosej, KKM Sahkan 207 Sampel Produk Hasilan Daging Tempatan Patuhi Tahap Ditetapkan

Isu Nitrit Dalam Sosej, KKM Sahkan 207 Sampel Produk Hasilan Daging Tempatan Patuhi Tahap Ditetapkan

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, produk hasilan daging di Malaysia adalah selamat untuk dimakan oleh orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasil analisis yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sebanyak 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej telah diambil di pasaran tempatan dan pintu masuk didapati mematuhi tahap yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah Kanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Mohd. Salim Dulatti, analisis ini dijalankan bagi mengetahui tahap kandungan nitrit ekoran daripada laporan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), Thailand mengenai produk sosej yang diuji mengandungi nitrit melebihi paras yang dibenarkan oleh FDA Thailand.

BKKM sedang mendapatkan maklumat dari pihak kedutaan Thailand

Walau bagaimanapun, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak kedutaan Thailand berkenaan produk sosej yang terlibat.

“Bagi melindungi kesihatan pengguna, KKM akan meneruskan pemantauan keselamatan makanan di pasaran tempatan dan pintu masuk negara agar ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” jelasnya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Mac.

Seramai 14 orang kanak-kanak mengalami methemoglobinemia di Thailand

Menurut laporan media, seramai 14 orang kanak-kanak mengalami methemoglobinemia iaitu sejenis penyakit gangguan darah selepas makan sosej tersebut di negara Thailand.

Secara ringkasnya, nitrit merupakan sejenis bahan pengawet makanan yang selalu digunakan di dalam produk hasilan daging. Pengunaannya bertujuan untuk merencatkan pertumbuhan bakteria di samping menyerlahkan warna makanan.

Namun, pengambilan nitrit pada kadar yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu akan cepat merasa letih dan penat, sukar bernafas, pening dan sakit kepala, berdebar-debar serta kelihatan pucat.

Produk hasilan daging di Malaysia boleh mengandungi nitrik tidak melebihi 80mg/kg

Mohd. Salim turut berkata produk hasilan daging (manufactured meat) di Malaysia seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras yang tidak melebihi 80mg/kg ia adalah selaras dengan standard antarabangsa Codex.

Walau bagaimanapun, beliau turut berpesan pengguna yang mempunyai lain-lain isu berkaitan keselamatan makanan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.