fbpx
Now Reading
Rumah Terbakar, Bomba Temui Budak 12 Tahun Rentung Di Bawah Timbunan Zink

Rumah Terbakar, Bomba Temui Budak 12 Tahun Rentung Di Bawah Timbunan Zink

Insiden yang berlaku pada petang semalam (12 April) telah melibatkan seorang kanak-kanak 12 tahun rentung serta seorang warga emas yang melecur 30% di bahagian belakang badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang kanak-kanak lelaki dijumpai rentung di bawah timbunan zink dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Masjid, Kuala Baram, Miri, pada petang semalam (12 April).

Memetik laporan Berita Harian, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, mayat Muhd Ikram Abdullah yang berusia 12 tahun itu telah dijumpai di bawah timbunan zink selepas kebakaran dapat dikawal oleh anggota bomba.

Seorang lelaki warga emas melecur 30% di bahagian belakang badan

Menurut beliau, pihak bomba telah menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada 4.59 petang, sebelum 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng serta BPP Miri dikerahkan ke lokasi insiden tersebut.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal dengan struktur binaan kayu pada dinding serta lantai dan bumbung zink serta api memusnahkan keseluruhan rumah itu.

Punca insiden masih lagi dalam siasatan

“Seorang lelaki warga emas, Saban Mangkir, 60, turut cedera apabila melecur kira-kira 30% di bahagian belakang badan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

Foto: FB Fa Dil

“Enam lagi penghuni rumah itu berusia antara lima tahun hingga 50-an iaitu tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terselamat,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala mayat kanak-kanak yang rentung tersebut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” jelasnya.

Kredit foto: FB Fa Dil

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.