fbpx
Now Reading
Selamba Pandu Van Sekolah Lawan Arus, Polis Tahan Warga Emas Berusia 74 Tahun [Video]

Selamba Pandu Van Sekolah Lawan Arus, Polis Tahan Warga Emas Berusia 74 Tahun [Video]

Semasa kejadian pemandu tersebut sedang membawa lapan orang pelajar berusia 13 hingga 14 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu, tular di laman TikTok satu video memperlihatkan sebuah van sekolah dipandu secara melawan arus di sebuah jalan.

Dimuat naik seorang pengguna, @blackhyppo_7, dia turut menggesa orang ramai agar menyebarkan video berkenaan dan melaporkannya kepada pihak polis.

Menerusi video berdurasi 19 saat tersebut, si perakam melampiaskan rasa amarahnya memandangkan tindakan pemandu berkenaan membahayakan nyawa pelajar sekolah yang dilihat berada di dalamnya.

@blackhyppo_7 #pdrm ♬ original sound – Encik Bos yen🚗

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan pemandu van tersebut sudah berjaya dikesan pihaknya.

Sehubungan itu lelaki berkenaan yang berusia 74 tahun telah ditahan dan dibawa ke IPD Manjung bersama kenderaannya untuk siasatan lanjut.

Sewaktu kejadian pemandu sedang bawa 8 pelajar

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11 Mei jam 7.15 petang di Jalan Lumut-Sitiawan. Semasa kejadian pemandu tersebut sedang membawa lapan orang pelajar berusia 13 hingga 14 tahun.

“Lelaki terbabit mengaku bahawa van tersebut dipandu dalam keadaan tergesa-gesa kerana hendak menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Perdana, Sitiawan,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Tambah beliau, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“IPD Manjung menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.