fbpx

Pemilik BMW Tak Boleh Dapat Subsidi Sama Macam Kancil, Kata Azmin Ali

Jelas beliau tindakan ini wajar ekoran dari lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api iaitu sebanyak RM 28 Nilion bagi 2022 berbanding RM11 Bilion pada 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar April lalu, beberapa media tempatan melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan masih dalam peringkat merangka struktur bersesuaian yang dijangka akan disiapkan dalam masa terdekat.

“Mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu. Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40,” kata Mustapha.

Terbaharu, perkara sama turut dibangkitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada media sewaktu sidang akhbar mengenai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat pada Sabtu, 21 Mei.

Menerusi laporan FMT, Azmin menjelaskan mekanisma subsidi bahan sebenarnya bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kami bercakap tentang semakan itu dalam pemukiman khas baru-baru ini.

“Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi sama seperti mereka yang mempunyai Kancil,” katanya kepada media.

Namun menurut beliau, kerajaan masih dalam proses mengusahakan struktur yang sesuai bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Jelas beliau, tindakan ini wajar ekoran dari lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api iaitu sebanyak RM28 bilion bagi 2022 berbanding RM11 bilion pada 2021.

Terdahulu, beberapa pengalisis ekonomi turut merasakan pendekatan itu agak wajar namun ianya perlu dilaksanakan pada masa sesuai dengan mekanisme pelaksanaan yang lebih jelas serta berkesan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.