fbpx
Now Reading
Menjijikkan! Bukan Sahaja Tiada Lesen, Mesin Air Mineral Dipenuhi Tahi Cicak & Serangga
mesin air mineral kotor dipenuhi tahi cicak dan serangga

Menjijikkan! Bukan Sahaja Tiada Lesen, Mesin Air Mineral Dipenuhi Tahi Cicak & Serangga

Kegagalan pemilik untuk memohon lesen mengendalikan mesin tersebut menyebabkan mesin berada dalam keadaan terbiar sekaligus merisikokan kesihatan kepada pembeli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjijikkan dan penuh dengan najis cicak dan serangga. Begitulah keadaan sebuah mesin air mineral alkali tanpa lesen Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar yang dikesan telah beroperasi di sebuah kedai makan terletak di Parit Perupok, Muar.

Menurut Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar, Dr Mohd Ridzuan Mohd Lutpi, perkara itu dikesan susulan Operasi Lak/Sita Mesin Jual Air (MJA) yang telah dilakukan terhadap perniagaan air nano automatik di beberapa kawasan di daerah tersebut, lapor Harian Metro.

Dihentikan sejak Mei 2020 sehingga selesai mohon lesen

Sehubungan itu, mesin air yang beroperasi sejak Mei 2020 tersebut telah dihentikan untuk sementara waktu sehingga pemilik selesai memohon lesen mengikut Peraturan 360C(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengendali mesin air berusia 30-an berkenaan dikompaun RM2,000 selain arahan penutupan operasi sehingga dia memperoleh lesen sah daripada PKD,” jelasnya.

Kata beliau lagi, ia merupakan satu jaminan agar mesin air mineral yang beroperasi di sekitar daerah Muar berada dalam keadaan yang bersih.

Kegagalan mohon lesen kendali MJA punca mesin terbiar

“Kegagalan pemilik memohon lesen mengendalikan MJA menyebabkan mesin berada dalam keadaan terbiar sekaligus memberi risiko kepada kesihatan pembeli.

“Sebanyak lima mesin air di sekitar daerah ini dikesan beroperasi tanpa lesen selain tahap kebersihannya yang tidak memuaskan,” ujarnya lagi.

Dikompaun RM2,000 untuk setiap mesin

Tambahnya, lima mesin berkenaan diperiksa di Jalan Salleh, Jalan Temenggong Ahmad dan Sungai Abong, manakala dua daripadanya pula beroperasi tanpa lesen serta dua Notis 32B dikeluarkan kepada setiap pemilik dengan kesalahan boleh dikompaun RM2,000 untuk setiap mesin.

“Pemilikan mesin air mineral yang beroperasi tanpa kebenaran akan diambil tindakan dan tiada kompromi dalam perkara ini. Orang awam dinasihatkan supaya membeli air melalui mesin yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Dr Mohd Ridzuan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.