‘Kesian Lipas Tu’ – Budak Kecil Menangis Teresak-esak Lepas Ayah Bunuh Lipas [Video]
Kelihatan kanak-kanak lelaki berkenaan menangis teresak-esak kerana lipas yang dibunuh oleh bapanya telah mati.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lipas, tikus, cicak dan semut merupakan antara serangga yang mudah didapati di kediaman manusia terutamanya sekitar dapur atau bilik air.
Lazimnya, kebanyakan daripada kita pasti akan bertindak membunuh haiwan perosak ini kerana sifatnya yang membawa bakteria hingga boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia.
Namun, ada juga yang bertindak membunuh serangga tersebut terutamanya lipas kerana takut dan geli dengan haiwan perosak ini. Malah, ada individu yang apabila bertemu dengan lipas, dia akan melompat ketakutan.
Lain pula dengan kanak-kanak lelaki ini yang menangis kesedihan gara-gara bapanya yang membunuh lipas.
Kasihan Dengan Lipas, Anggap Lipas Comel
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @aqilahyusoff, dia berkongsi video keletah anak nombor duanya yang menangis kesedihan gara-gara suaminya membunuh lipas.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan kanak-kanak lelaki berkenaan menangis teresak-esak sambil mengatakan lipas tersebut sudah mati. Namun, dia dipujuk dan ditenangkan oleh bapanya.
“Lipas itu haiwan perosak. Kalau kita tidak bunuh dia, nanti dia boleh bawa penyakit,” kata bapa kepada kanak-kanak lelaki itu. Namun, kanak-kanak comel itu terus menangis.
“Dia tak kacau pun,” kata kanak-kanak itu kepada bapanya. Kelihatan bapa kanak-kanak itu berulang kali menerangkan bahawa lipas yang dibunuh itu merupakan haiwan berbahaya.
Selepas beberapa ketika, kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan tenang namun masih merajuk dengan bapanya.
“Kesian lipas tu,” kata kanak-kanak itu kepada bapanya.
“Dah-dah laa tu. Masalahnya, kita bunuh satu, ada beribu lipas. Lipas tu cepat membiak. Tidak payah nak dok kesian sangat, kesian dekat diri sendiri dulu,” kata ayah kanak-kanak itu sambil memujuknya.
“Lipas tu comel,” balas kanak-kanak itu lagi kepada bapanya.
Menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan, Aqilah mendakwa suaminya membunuh anak lipas yang berada di dalam tandas. Kejadian itu disedari oleh anak nombor duanya itu sehingga menyebabkan dia kesedihan.
Bagi kanak-kanak berkenaan, lipas itu tidak patut dibunuh kerana haiwan tersebut tidak mengacau orang dan comel.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan keletah kanak-kanak lelaki itu. Malah, ada juga yang tidak percaya bahawa kanak-kanak itu menangis hanya disebabkan lipas.
Namun, ada juga yang memuji dan kagum dengan sifat empati yang dimiliki oleh kanak-kanak berkenaan terhadap haiwan serangga itu.
Menung Jauh Dia Mengenangkan Lipas Tu
Ayah & Emak Pun Lembut Penjelasannya, Patut La Anak Pun Penyayang
Lipas Yang Dia Nangiskan, Adik Jangan Dik
Comel, Hati Dia Terlalu Suci
Baca Artikel Berkaitan: Lipas Paling Takut Dengan 5 Bau Dari Tumbuhan Ini!
Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Hapuskan Lipas Dari Rumah & Kereta Hanya Dengan 3 Bahan Ini