fbpx
Now Reading
Lipas Paling Takut Dengan 5 Bau Dari Tumbuhan Ini!

Lipas Paling Takut Dengan 5 Bau Dari Tumbuhan Ini!

Antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengusir serangga perosak seperti lipas adalah serai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain tikus, lipas juga merupakan antara haiwan yang berbahaya dan boleh mengundang pelbagai penyakit kepada manusia.

Banyak kes keracunan makanan yang berpunca daripada lipas. Tahukah anda, lipas mempunyai tabiat buruk semasa makan yang dikenali sebagai ‘regurgitasi’. Ia di mana haiwan itu akan memuntahkan balik apa yang dimakan betul-betul pada tempat ia sedang menikmati makanan.

Malah, semasa mereka makan, lipas akan meninggalkan bakteria yang berbahaya berserta najis yang turut mengandungi pelbagai kuman. Scary kan?

Kehadiran lipas di tempat tinggal nyata menganggu dan mendatangkan ketidakselesaan kepada isi rumah. Buat anda yang tidak gemar menggunakan ubat gegat atau bahan kimia, berikut merupakan lima bau dari tumbuhan semulajadi yang berupaya untuk menghalau lipas.

#1 Lavender

Foto: Pexels

Bau lavender sememangnya memberikan ketenangan kepada manusia. Namun, tahukah anda, lavender merupakan bau yang amat dibenci dan tidak digemari oleh haiwan perosak ini.

Bahan utama yang dikenali sebagai Linalool merupakan antara bahan yang mengeluarkan bau yang menenangkan dari tumbuhan itu. Bahan ini juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghalau lipas.

Anda digalakkan untuk menanam pokok tumbuhan ini di halaman rumah atau mencampurkan minyak pati lavender dengan air dan menyemburkannya di seluruh kediaman bagi menghalau lipas.

#2 Pudina

Foto: Freepik

Pudina juga merupakan antara tumbuhan yang boleh digunakan untuk menghalau lipas. Kepekatan mentol dan bau herba yang kuat pada tumbuhan ini boleh membantu mengusir dan membunuh lipas di rumah anda.

Untuk hasil yang terbaik, anda digalakkan untuk mencampurkan minyak dengan air dan menggunakan semburan ini di seluruh kawasan rumah.

#3 Serai

Foto: Freepik

Serai merupakan tumbuhan yang mudah ditanam serta mudah didapati di pasaran. Tahukah anda, serai juga merupakan bahan yang boleh digunakan untuk menghalau lipas.

Kandungan bahan seperti citral, geraniol dan linalool dalam serai terutamanya dalam minyak pati boleh membantu menghalau haiwan perosak ini.

#4 Daun Salam

Foto: Freepik

Selain memberi manfaat kepada tubuh badan manusia, daun salam juga mempunyai kemampuan untuk menghalau serangga seperti lipas.

Pokok daun salam boleh menghasilkan minyak yang dikenali sebagai Nepetalactone yang memberi kesan efektif dalam menghalau serangga.

Dengan hanya meletakkan beberapa helai daun ini terutama di kawasan dapur seperti di kabinet, aromanya mampu mengusir lipas dari kediaman anda.

Cara lain adalah dengan menghancurkan daun salam ke dalam mangkuk dan letakkan mangkuk tersebut di kawasan yang sering menjadi tumpuan serangga perosak ini.

#5 Pokok Catnip

Foto: Freeimages

Buat penggemar kucing, pokok catnip merupakan antara tumbuhan yang sinonim dengan haiwan tersebut. Ini kerana tumbuhan ini boleh membuatkan kucing berasa lebih tenang, mudah bergaul dan mampu hilangkan tekanan.

Tapi, jangan tidak tahu, tumbuhan catnip boleh digunakan untuk menghalau lipas. Kandungan bahan seperti Nepetalactone sama seperti daun salam boleh memberi kesan yang efektif untuk menghalau serangga.

Caranya, anda hanya perlu merebus daun catnip selama 10 minit. Biarkan air rebusan itu sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol penyembur. Anda boleh semburkan rebusan air tersebut di kawasan yang menjadi tumpuan lipas.

Mudah sahaja bukan?

Selain itu, tidak semua orang yang boleh bertahan dengan bau ubat gegat dan racun serangga yang berada di pasaran. Jadi, sebagai jalan alternatif dan bersifat semulajadi, anda boleh menggunakan kelima-lima bahan ini sebagai cara untuk menghalau lipas.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Hapuskan Lipas Dari Rumah & Kereta Hanya Dengan 3 Bahan Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Puas Hati Kutip” – Modal Tak Sampai RM10, Ini Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.