fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Kerajaan Arab Saudi Letak Patung Berhala Di Al-Ula, Ini Fakta Yang Patut Anda Tahu
Arab Saudi Patung Biru

Tular Dakwaan Kerajaan Arab Saudi Letak Patung Berhala Di Al-Ula, Ini Fakta Yang Patut Anda Tahu

Isu tersebut menyebabkan beberapa netizen melemparkan kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi sehingga ada yang beranggapan mereka telah menyimpang jauh dari ajaran Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di Facebook beberapa foto memperlihatkan kewujudan sebuah patung berwarna biru di tengah-tengah padang pasir Al-Ula, Arab Saudi.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna FB ini mendakwa bahawa patung berhala dengan bentuk wanita yang sedang bertafakur itu telah diletakkan oleh kerajaan Arab Saudi di kawasan tapak warisan tersebut, yang kami yakin ramai tahu pernah menempatkan beberapa tamadun kuno termasuk kaum Thamud.

Mula dikongsikan sejak Sabtu (28 Mei), ia kemudian mula tular selepas dikongsikan lebih 1,000 pengguna media sosial lainnya yang mahukan kepastian.

Perkongsian itu dalam masa sama turut membuatkan segenlintir netizen mula melemparkan kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi sehingga ada yang beranggapan mereka telah menjadi jahil dan menyimpang jauh dari ajaran Islam.

Persoalan yang timbul, adakah ianya benar dan sejauh manakah kesahihan fakta berkenaan?

Menurut Vocket, patung berkenaan bukanlah seperti apa yang didakwa oleh pengguna FB terbabit.

Hanyalah patung dari pameran seni kontemporari

Sebaliknya ia hanyalah patung yang menjadi sebahagian daripada pameran seni kontemporari Desert X yang biasanya diadakan di Lembah Coachella, Al Ula.

Menerusi carian kami, patung ini telah menyertai acara Desert X yang berlangsung pada tahun 2020.

Maklumat dari emirateswoman pula menjelaskan ianya telah diadakan pada bulan Mac 2020 dan turut disertai oleh artis dari pelbagai negara dan latar belakang.

Secara ringkasnya, patung berwarna biru itu dicipta oleh Lita Albuquerque, seorang artis dari Santa Monica, Amerika Syarikat (AS) yang pernah membesar di Tunisia.

Beliau menamakan patung itu dengan nama NAJMA yang bermaksud bintang dalam bahasa Arab dengan frasa ‘dia meletakkan seribu matahari di atas lapisan telus angkasa’.

Ketika ditemubual oleh Emirates Woman, Lita memberitahu bahawa dia membesar dikelilingi warna biru semasa berada di Tunisa. Persekitaran tersebut telah memberikannya inspirasi dalam menghasilkan karya seni.

“Segala-galanya mengenai keberadaan di sana mempengaruhi amalan seni saya, gerak angin dan orang, warna merah, biru dan emas yang terdapat dalam ikon agama Kristian dan dalam seni Islam,” ujarnya.

Ketika diminta untuk mengulas mengapa beliau memilih warna biru, Lita memberitahu bahawa biru adalah simbol kepada lautan Mediterranean yang luas dan mewakili seni bina bandar Sidi Bou Said tempat di mana dia dibesarkan. Ia juga mewakili hubungan di antara langit dan bumi.

Selain patung warna biru yang dibina oleh Lita, ada 13 lagi pameran arca lain yang dipaparkan di sana pada tahun itu.

Namun di antara kesemuanya, arca yang dibina Lita sahaja yang berbentuk manusia manakala selebihnya merupakan arca kategori yang lain antaranya One Two Three Swing yang dihasilkan artis Superflex dan arca The Future Is Now oleh Gisela Colon.

One Two Three Swing

Gisela Colon
Arca ‘A Concise Passage’ oleh Rashed Al Sashai

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.