fbpx
Now Reading
Penderma Darah Terima Hadiah Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi
Penderma darah terima hadiah cenderahati mi segera perisa daging babi

Penderma Darah Terima Hadiah Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi

Susulan kes tersebut, pihak polis telah memanggil beberapa individu dan beberapa rampasan telah dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Daerah Batu Pahat telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes pemberian cenderahati yang disyaki mengandungi mi segera berperisa daging babi sewaktu program derma darah di pusat membeli-belah di Batu Pahat, Johor, semalam (27 Jun).

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, memaklumkan pada 27 Jun, jam 11.38 pagi, pihak polis telah menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu.

Penderma darah terima mi segera perisa daging babi sebagai cenderahati

“Laporan berkenaan sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam (26 Jun),” jelasnya.

Ismail berkata, selepas selesai menderma darah, penderma akan menerima bungkusan cenderahati daripada NGO tersebut.

Penerima ada yang beragama Islam

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” ulasnya lagi.

Beberapa individu telah dipanggil

Tambahnya lagi, beberapa individu yang terlibat telah dipanggil serta beberapa rampasan turut dilakukan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.