fbpx
Now Reading
Penghuni Kondominium Di Setapak Dakwa Ada Tin Arak Diletak Depan Pintu Surau

Penghuni Kondominium Di Setapak Dakwa Ada Tin Arak Diletak Depan Pintu Surau

Menurut Setiausaha Persatuan Penduduk, isu pertama yang dihadapi oleh penduduk setempat adalah berkenaan penutupan fasiliti surau selama dua hari tanpa notis pada 3 dan 4 Disember yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun terdapat perbezaan, rakyat di negara ini masih mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta saling tolak ansur antara satu sama lain.

Malah, disebabkan kepelbagaian inilah yang menjadikan masyarakat luar kagum melihat keamanan dan keharmonian negara ini.

Namun harus diakui, masih ada segelintir individu yang terpaksa berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab dan toleransi sesetengah pihak hingga menyentuh sensitiviti agama lain.

Wujud Isu Provokasi Berunsurkan Keagamaan

Perkara sama turut diluahkan oleh penghuni sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur. Penghuni kediaman berkenaan meluahkan rasa kecewa dan bimbang ekoran wujudnya beberapa isu provokasi berunsur keagamaan di tempat tinggal mereka.

Ekoran daripada isu ini, penghuni kondominium berkenaan telah membuat aduan kepada pengawal keselamatan namun tiada penjelasan atau tindakan yang telah diambil.

Menurut Setiausaha Persatuan Penduduk Mohd Zahrulail Md Rahim, isu pertama yang dihadapi oleh penduduk setempat adalah berkenaan penutupan fasiliti surau selama dua hari tanpa notis pada 3 dan 4 Disember yang lalu.

“Surat telah dihantar oleh penduduk kepada pihak pengurusan untuk menjawab isu penutupan surau pada 10 Disember lalu, tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas diterima.

“Surat berkenaan mengandungi tuntutan penjelasan dalam tempoh tujuh hari mengenai penutupan surau serta amaran agar tidak sewenang-wenangnya menganggu urusan ibadah dan aktiviti keagamaan penduduk yang beragama Islam.”

Lebih mengejutkan, dia berkata terdapat dakwaan tin arak sengaja diletakkan di hadapan surau kediaman terbabit.

“Selain itu, penghuni juga mendakwa berhadapan dengan provokasi yang berunsur keagamaan apabila terdapat tin arak disyaki sengaja diletakkan di hadapan pintu surau perumahan terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang terutama penduduk beragama Islam,” katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Tiga Laporan Polis Telah Dibuat

Tambahnya lagi, tiga laporan polis telah dibuat berhubung isu berkenaan namun sehingga kini mereka masih menunggu siasatan oleh pihak berkuasa.

“Penduduk bimbang sekiranya isu provokasi keagamaan seperti ini akan mengundang situasi yang lebih buruk dan meningkatkan kemarahan mereka.

“Harapan saya dan penduduk adalah supaya kejadian provokasi seperti itu tidak berulang dan berharap pihak pengurusan kondominium telus dengan tindakan.

“Selain itu, kami juga berharap pihak polis dapat melakukan siasatan dengan terperinci berhubung isu ini,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berang Lepas Ditegur Kerana ‘Membuang’ Di Tempat Ambil Wuduk Surau [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki Lelaki Tendang Pintu Surau Gara-Gara Berang Bunyi Pembesar Suara Kuat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.