fbpx
Now Reading
Polis Tahan Lelaki Lelaki Tendang Pintu Surau Gara-Gara Berang Bunyi Pembesar Suara Kuat
lelaki tendang pintu surau lepas berang pembesar suara kuat

Polis Tahan Lelaki Lelaki Tendang Pintu Surau Gara-Gara Berang Bunyi Pembesar Suara Kuat

Menurut pihak polis, suspek yang tinggal di kawasan berdekatan tidak berpuas hati dengan pembesar suara suarau yang kuat dan mendakwa ia menganggunya sekeluarga serta jiran tertangga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang membuat kecoh dipercayai di sebuah surau di Kajang.

Ia berikutan lelaki itu tidak berpuas hati kerana bunyi pembesar suara tersebut berdekatan dengan kediamannya dan menganggu dia sekeluarga.

Menurut perakam di dalam video berkenaan, lelaki itu telah menendang pintu surau beberapa kali ketika mereka semua sedang menunaikan solat tarawih.

Menerusi video lelaki berkenaan turut dilihat memakai selipar di dalam surau.

Lelaki tendang pintu surau ditahan dan dibebaskan dengan jaminan

Terbaharu, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada jam 9.25 malam,10 April di surau bawah flat di Sungai Chua, Kajang yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan suspek dipercayai telah menendang pintu surau berkenaan sehingga menyebabkan ia rosak.

“Siasatan mendapati, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara yang kuat hingga mengganggu dia sekeluarga termasuk jiran yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas suspek seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 11 April lepas,” jelasnya dipetik Kosmo.

Kata beliau, berdasarkan siasatan lanjut dan tindakan pihak polis yang cepat kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama bagi menangani masalah perselisihan faham itu.

Individu terlibat turut dipanggil untuk keterangan diambil

Jelasnya, individu lain yang turut terlibat di dalam kejadian tersebut juga telah dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka dan ini termasuklah isu menyiarkan video yang menjadi sohor di media sosial.

“Kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.