fbpx
Now Reading
Akhirnya Dengan ‘Bantuan’ Sofyank, Ustaz Adnin Berjaya Buat Backflip [Video]

Akhirnya Dengan ‘Bantuan’ Sofyank, Ustaz Adnin Berjaya Buat Backflip [Video]

Nama Ustaz Adnin sering dikaitkan dengan aksi backflip selepas terdapat individu bertanya soalan mengenai hukum mandi wajib sambil backflip kepadanya sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini influencer dan pendakwah yang terkenal di media sosial iaitu Ustaz Adnin sering diminta oleh pengikutnya untuk membuat aksi backflip.

Malah ada segelintir dari pengikutnya mengelarkan Ustaz Adnin Ikon Backflip Negara, gelaran dan permintaan itu mula diterimanya selepas dia menjawab soalan seorang individu apakah hukum jika melakukan backflip semasa mandi wajib.

Katanya sejak itu, media sosialnya mula dihujani dengan pengikut yang sukakan aksi tersebut sehingga dia mendapat gelaran berkenaan.

Demi melayan permintaan mereka, dia kemudian menyunting video kononnya membuat aksi backflip.

Atas bantuan Sofyank akhirnya Ustaz Adnin berjaya buat backflip

Terbaharu, pencipta kandungan digital visiual effect (VFX) atau kesan khas iaitu Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank telah mengeluarkan satu video baharu untuk sebuah jenama mi segera.

Namun apa yang menarik perhatian video itu turut memaparkan penampilan khas dari Ustaz Adnin yang secara tidak langsung membuatkan permintaan orang ramai untuk melihatnya melakukan aksi backflip akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sofyank di X (Twitter), awalnya kelihatan Ustaz Adnin yang sedang duduk sambil membaca buku berjudul ‘How To Backflip’ sebelum Sofyank datang dan memaklumkan dia akan menyediakan makanan moreh buat mereka.

Sofyank kemudian lantas memakai alat seperti VR di kepalanya sebelum mula menyediakan makanan tersebut. Sebaik selesai memasak, Sofyank lalu menghidangkan makanan tersebut sebelum makan bersama Ustaz Adnin.

Aksi backflip kerana mi segera sedap

Disebabkan kesedapan mi segera yang dirasai oleh Ustaz Adnin perkara itu membuatkan dia secara tiba-tiba membuat aksi backflip sempurna dengan begitu mudah sekali.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan netizen terhibur selain berasa kagum melihat suntingan video yang dibuat oleh Sofyank.

Malah ada juga yang menekan butang suka kerana melihat Ustaz Adnin melakukan aksi berkenaan di dalam video itu.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan akhirnya mereka dapat melihat Ustaz Adnin backflip.

“Berflip-flip tu ustaz, makanan tak hadam lagi tu, terbaik”

“Mantap ustaz! akhirnya berpusing-pusing”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.