fbpx
Now Reading
Sofyank Kerjasama Hasilkan Video Magic Bersama Pelakon Utama Transformers: Rise Of The Beast

Sofyank Kerjasama Hasilkan Video Magic Bersama Pelakon Utama Transformers: Rise Of The Beast

“Sebenarnya tujuan saya ke Singapura hari tu (sewaktu beg hilang) adalah untuk pengambaran satu video magic bersama dengan Anthony Ramos.” – Sofyank

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang beg galas milik pencipta kandungan digital VFX, Sofyank yang hilang ketika dia berada di Singapura.

Menurut Sofyank beg yang hilang tersebut mempunyai barangan peribadi miliknya dan juga projek video yang penting.

Namun akhirnya dengan menggunakan peranti AirTag beg tersebut berjaya dikesan di Filipina dan ditemukan selamat oleh pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark.

Malah pencipta VFX yang berbakat besar ini turut berterima kasih kepada orang ramai kerana membantunya untuk mencari beg galas tersebut dan menyatakan dia kini boleh sambung menyunting video.

Baca artikel berkaitan: AirTag Jadi Penyelamat, Beg Sofyank Hilang Di Singapura Sudah Dijumpai Di Filipina

Sofyank bekerjasama buat video magic bersama Anthony Ramos

Terbaharu, Sofyank memaklumkan insiden tersebut sebenarnya berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Singapura untuk bekerjasama dengan pelakon utama filem Transformers: Rise of the Beast iaitu Anthony Ramos.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sofyank yang berusia 27 tahun turut mengucapkan rasa syukur atas perkara tersebut.

“Alhamdulillah hari ni saya nak kongsi berita gembira dengan korang. Korang masih ingat tak 15 hari lepas saya ke Singapura dan beg saya hilang di airport? Alhamdulillah beg saya sudah dikembalikan semula oleh seorang insan yang namanya dirahsiakan.

“Panjang cerita kalau nak cerita dekat sini, insya-Allah nanti saya cerita semula pasal kehilangan beg di Singapura dan macam mana boleh terjumpa balik.

“Haa berbalik kepada gambar di atas, sebenarnya tujuan saya ke Singapura hari tu adalah untuk pengambaran ssatu video magic bersama dengan Anthony Ramos iaitu pelakon filem Transformes Rise of the Beast,” katanya.

Anthony Ramos cakap Bahasa Melayu dalam video magic

Menurut Sofyank, Noad Diaz juga ada bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

Jelasnya video kolaborasi mereka itu sudah hampir siap dan meminta orang ramai menantikannya.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada Unites Internationals Pictures (UIP) Malaysia atas peluang yang diberikan kepada dirinya.

“Terima kasih banyak kepada UIP Malaysia sebab bagi saya peluang yang sangat berharga ni.”

Untuk makluman selain Anthony Ramos, Sofyank sebelum ini turut bekerjasama dengan pelakon antarabangsa yang lain seperti Chris Hemsworth, Paul Rudd, Ryan Reynolds, John Cena dan pencipta VFX, Zack King.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan pengumuman tersebut dan tidak sabar untuk melihat hasil luar biasa Sofyank itu.

“Power.. kalau artis Malaysia kekwat juga dengan Sofyank ni aku tak tahulah. Artis yang buat video dengan dia semua level international, semua cerita baru pula tu”

“Pergh buat video tukar jadi Optimus Prime please tak pun Mirage”

“Wow.. ni pelakon utama Transformers”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.