Dakwa Difitnah Rancang Kematian Isteri, Suami Pengasas Dnars Mahu Saman Individu Terlibat

Selepas sekian lama mendiamkan diri, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhaman Faziani Rohban iaitu Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak lain yang memfitnahnya di media sosial berhubung kematian isterinya.

Dia yang tampil menerusi satu sidang media pada Rabu, 29 Jun berkata keputusan itu diambil selepas berbincang dengan ahli keluarganya kerana fitnah yang dilemparkan terlampau berat selain ia satu langkah terbaik untuk menyelesaikan isu itu.

“Kata-kata tidak berasas serta tuduhan keras, kononnya saya telah merancang kemalangan membabitkan arwah isteri saya (sehingga terkorban), memang tidak wajar sama sekali.

“Tuduhan bahawa kematian Allahyarhamah isteri saya dirancang adalah fitnah besar dan amat jelek sekali,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Difahamkan pihak yang dimaksudkannya adalah segelintir pengguna media sosial dan juga sebuah portal.

Jelas Ahmad Shah, selama ini dia lebih memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan isu tersebut hanyalah bersifat sementara dan dapat diselesaikan menerusi musyawarah keluarga.

Namun ianya tidak berhasil apabila ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan dengan memuat naik kenyataan di media sosial.

“Namun, kemelut itu berlanjutan dan menjadi semakin teruk, hari berganti hari dan keadaan ini memang tidak disangka dan saya amat terkilan dengan sikap sesetengah pihak seperti adanya udang di sebalik batu,” katanya.

Netizen buat kesimpulan dan mula lempar tuduhan

Tambah lelaki itu lagi, pelbagai tuduhan tidak berasas mula dilemparkan apabila netizen mula membuat kesimpulan sendiri selepas membaca artikel portal berkenaan pada 16 dan 17 Jun lalu.

“Antara komen-komen netizen yang berunsur fitnah adalah tuduhan kematian isteri saya adalah satu kemalangan yang dirancang, rumah tangga saya sudah bermasalah ketika arwah masih hidup sehingga saya merancang pembunuhan arwah melalui kemalangan.

“Tuduhan saya menjalinkan hubungan di luar perkahwinan semasa arwah masih hidup sehingga saya merancang kemalangan itu serta proses membawa balik jenazah arwah isteri dari Thailand ke Kelantan tidak dijalankan mengikut lunas undang-undang kerana saya seolah olah berusaha menyembunyikan sesuatu.

“Selain itu, pelbagai tuduhan berkenaan wang tunai, barang-barang milik arwah isteri, pertukaran saham syarikat dan sebagainya,” katanya lagi.

Dapat tahu keluarga isteri buat laporan polis menerusi media

Menurutnya lagi, dia hanya mengetahui yang keluarga isterinya telah membuat laporan polis menerusi pelaporan media. Namun setakat ini belum lagi dipanggil untuk memberi apa-apa kenyataan kepada pihak berkuasa.

“Jadi, saya mengambil tindakan ini bagi mempertahankan maruah, imej serta nama baik saya dan keluarga serta menjaga kepentingan dan keselamatan lima anak termasuk seorang daripadanya anak hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Faziani yang terkesan dari segi emosi dan mental selain memberi amaran kepada pihak berkaitan menghentikan fitnah mereka,” kata Ahmad Shah.

Sudah kenal pasti beberapa netizen

Dalam pada itu, peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha memaklumkan telah mengenal pasti beberapa individu termasuk pengguna media sosial yang telah membuat tuduhan terbabit.

“Kita akan menghantar notis tuntutan termasuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat dan jika tidak kita akan teruskan saman malu dan fitnah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan keluarga arwah Faziani telah membuat laporan polis agar satu siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian mangsa yang disyaki terdapat unsur lain selain laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Foto : Awani

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

17 hours ago