fbpx
Now Reading
Lelaki Tikam Ibu Selepas Terdengar ‘Bisikan Suara’ Ibu Sembah Berhala
lelaki dakwa dengan bisikan suara sebelum bertindak tikam ibu

Lelaki Tikam Ibu Selepas Terdengar ‘Bisikan Suara’ Ibu Sembah Berhala

Kejadian itu bagaimanapun disedari oleh adik perempuan mangsa yang kemudian menjerit meminta tolong kepada jiran terdekat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental telah bertindak menikam ibu kandungnya sehingga mati selepas disyaki terdengar bisikan menyuruh membunuh mangsa dalam insiden di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka, pada Selasa (5 Julai).

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memaklumkan bahawa suspek yang berumur 38 tahun serta berstatus duda telah menikam ibunya itu, Rozizah Md Dom, 63, dengan menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm) di dalam kamar tidur selepas mangsa keluar dari bilik air.

Dua tikaman menyebabkan mangsa cedera parah

Jelasnya, dua tikaman tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher kanan serta kiri sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suspek mendakwa bertindak sedemikian selepas terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam mangsa kerana dikatakan menyembah berhala.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai baharu selesai mandi sebelum ditikam suspek.

Beri pisau pada ibu sebelum dibuang melalui tingkap

“Selepas menikam mangsa, suspek kemudian menyerah pisau itu kepada mangsa dan mangsa sempat membuang pisau itu melalui tingkap di bilik,” ulasnya.

Zainol Samah berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di perkarangan kediaman mangsa.

Menurutnya, suspek yang merupakan anak sulung kepada lima adik beradik itu tidak bersikap agresif semasa ditahan malah memberi kerjasama kepada pihak polis

Ada dua rekod dadah & pernah terima rawatan pesakit mental

Tambahnya lagi, siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai dua rekod berkenaan kes dadah serta pernah menerima rawatan sebagai seorang pesakit psikiatri di Hospital Melaka.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka esok (6 Julai) bagi tujuan mendapatkan permohonan reman,” ulasnya lagi.

Dalam insiden jam 3.05 petang itu, mangsa yang juga seorang warga emas telah meninggal dunia akibat dua tikaman di bahagian leher.

Disedari oleh anak perempuan mangsa

Insiden tersebut disedari oleh anak perempuan mangsa yang berusia 30-an sebelum menjerit meminta tolong kepada jiran berdekatan.

Sebelum ini, BuzzKini ada melaporkan berhubung jiran yang terdengar jeritan anak perempuan mangsa sebelum bertindak meminta bantuan jiran yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.