fbpx
Now Reading
Jurugambar Sambilan Maut Ditikam Kekasih Akibat Cemburu

Jurugambar Sambilan Maut Ditikam Kekasih Akibat Cemburu

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan punca insiden berlaku kerana cemburu selepas teman wanita mendapati mangsa berlaku curang kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga merupakan jurugambar sambilan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh kekasihnya di sebuah kediaman dekat Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor pada 11 Mac.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh polis menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam 9.41 pagi dari seorang doktor yang bekerja di Hospital Cyberjaya memberitahu telah menerima pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kekasih merupakan model sambilan dan bekas pelajar perubatan

Jelasnya, pengadu telah pun membuat bantuan pernafasan kecemasan iaitu CPR dalam tempoh 30 minit namun tiada sebarang tindakbalas serta denyutan nadi dari lelaki berkenaan.

“Mangsa yang berusia 26 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia pada 7.25 pagi, semalam (11 Mac) dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuat tangkapan terhadap teman wanita mangsa di kawasan hospital.

“Hasil semakan, wanita berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Suspek direman selama enam hari

Kata beliau lagi, wanita itu kemudiannya direman selama enam hari bermula hari ini (12 Mac) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03 3187 222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.