fbpx
Now Reading
Peranakan Dikunci & Rahim Rasa Panas, Ibu Tiri Sanggup Sihir Anak Kerana Cemburu Kasih Sayang Bapa [Video]

Peranakan Dikunci & Rahim Rasa Panas, Ibu Tiri Sanggup Sihir Anak Kerana Cemburu Kasih Sayang Bapa [Video]

Menurut pusat rawatan Islam itu, wanita berkenaan turut mengalami rasa panas di bahagian rahim setiap kali selepas waktu Asar dan kemaluan yang seperti ingin terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah berulang kali dimaklumkan oleh para ulama dan agamawan bahawa perbuatan sihir atau mengamalkan ilmu hitam merupakan perkara yang berdosa di dalam Islam.

Malah ia merupakan satu perbuatan yang tergolong dalam dosa besar yang dilarang oleh Allah SWT.

Tular video wanita disihir oleh ibu tiri kerana cemburu

Terbaharu, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Nurul Ar Syifa yang menunjukan seorang wanita yang meraung kesakitan ketika sedang mendapatkan rawatan.

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita berkenaan telah disihir oleh ibu tiri yang cemburu dengan kasih sayang diberikan oleh bapanya.

“Kerana disayangi lebih oleh ayahnya, si ibu tiri jadi iri hati,” tulisnya.

Peranakan dikunci dan darah haid mengalir tanpa henti

Malah apa yang lebih teruk, wanita itu disihir sehingga peranakannya dikunci dan menderita hampir setahun apabila darah haidnya keluar tanpa henti.

Turut difahamkan si ibu tiri juga mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan wanita tersebut.

Turut rasa rahim panas dan kemaluan seperti terbakar

Dakwa pusat rawatan perubatan itu lagi, setiap kali selepas waktu asar wanita terbabit akan berasa panas di bahagian rahim manakala alat sulitnya pula seperti ingin terbakar.

“Allahuakbar sampainya hati kamu anak ini masih anak dara tapi dah terkunci rahimnya.”

Dalam video sama, wanita berkenaan ketika dirawat bukan sahaja menangis kesakitan bahkan turut muntah dipercayai akibat daripada sihir yang diberikan oleh ibu tirinya.

Ramai kasihan nasib menimpa wanita harap dijauhkan dari sihir

Menjengah ke ruangan komen ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan dan berharap agar dia segera sembuh dari penyakit sihir itu.

Tidak kurang juga ada yang berdoa agar mereka semua dijauhkan daripada perkara seperti itu.

“Allahuakbar semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah”

“Kena terimalah kalau dah kahwin dengan duda anak satu ke dua ke. Tak perlu nak buat macam ni…”


Nabi SAW nasihat untuk jauhi 7 perkara

Memetik laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda terdapat tujuh perkara yang perlu dijauhi kerana ia boleh membinasakan atau dosa besar.


‌اجْتَنِبُوا ‌السَّبْعَ المُوبِقَاتِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلَاتِ

Maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan (dosa besar). Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara tersebut wahai Rasullulah? Nabi SAW bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang Allah haramkan darahnya melain dengan cara yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling pada hari peperangan dan menuduh wanita beriman yang terpelihara kehormatannya dan tidak terlintas untuk melakukan kejahatan.”

Malah setiap perkara yang berkaitan dengan sihir adalalah haram dan berdosa termasuklah perbuatan berjumpa dengan dukun mahupun bomoh untuk meminta bantuan dan sebagainya.

Ini kerana, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan kepada mereka yang berjumpa dengan tukang sihir, dukun, bomoh atau yang seumpanya denganya. Sebahagian isteri Nabi SAW meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

‌مَنْ ‌أَتَى ‌عَرَّافًا ‌فَسَأَلَهُ ‌عَنْ ‌شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi berjumpa tukang ramal (dukun), lalu dia bertanya kepada dukun tersebut tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.”

Manakala dalam riwayat hadis yang lain menyebut:

‌مَنْ ‌أَتَى ‌كَاهِنًا، ‌أَوْ ‌عَرَّافًا، ‌فَصَدَّقَهُ ‌بِمَا ‌يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi bertemu dukun atau tukang ramal, kemudian dia mempercayai apa yang dukun atau tukang ramal tersebut, sesungguhnya dia telah ingkar (kufur) terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.