fbpx
Now Reading
Jangan Kongsi Di Media Sosial Kalau Terkena Sihir, Fedtri Yahya Jelaskan Ini Sebabnya [Video]

Jangan Kongsi Di Media Sosial Kalau Terkena Sihir, Fedtri Yahya Jelaskan Ini Sebabnya [Video]

Fedtri menasihati agar individu yang disihir dan sedang menjalani proses perawatan dan pemulihan agar tidak berbuat demikian bagi mengelakkan si penghantar berasa sakit hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sihir merupakan perbuatan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

Selain ingin mendapatkan sesuatu, ia juga terkadang bertujuan untuk memudaratkan orang lain kerana perasaan hasad dan dengki kepada individu terbabit.

Lebih membimbangkan, sehingga hari ini masih ada lagi individu-individu yang tidak bertanggungjawab mengamalkan perbuatan syirik itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]

Fedtri Yahya nasihat jangan kongsi di media sosial kalau terkena sihir

Susulan itu, pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya menasihati individu yang terkena sihir agar tidak berkongsi perkembangan yang dilakukan selepas terkena ilmu ghaib itu di media sosial.

Menurutnya, ini kerana individu yang menghantar sihir merupakan orang yang dikenali atau mengenali mangsa dan akan sentiasa memantau.

“Saya nak berkongsi ilmu yang dikongsikan oleh sahabat saya berkaitan sihir. Katanya, kalau anda terkena sihir, kalau boleh jangan canang kepada orang lain, jangan kita post di media sosial atau ‘update’ perkembangan.

“Sebab biasanya sihir ini diserang oleh orang yang kenal kita kerana ada kedengkian, cemburu ataupun sakit hati, termasuk orang yang rapat dengan kita,” katanya.

Individu hantar sihir sentiasa pantau, ingin lihat mangsanya ‘jatuh’

Fedtri turut menasihati agar tidak berkongsi perkembangan selepas terkena sihir kerana individu yang menghantar perkara tersebut ingin melihat seseorang itu ‘jatuh’, bahkan lebih teruk lagi sehingga menyebabkan kematian.

Jelasnya, perbuatan berkongsi perkembangan diri yang semakin pulih daripada sihir itu hanya akan menyebabkan si penghantar berasa sakit hati kerana matlamat dirinya untuk menjatuhkan atau memusnahkan telah gagal.

Rahsiahkan proses perawatan sihir, elak si penghantar hantar kali kedua

Oleh itu, Fedtri menasihati agar individu yang sedang menjalani proses perawatan dan pemulihan sihir agar merahsiahkannya.

“Paling penting jangan bagitahu sesiapa sebab bila kita bertambah baik, mungkin akan dihantar serangan (sihir) kali kedua dan seterusnya,” katanya lagi.

@fedtriyahya

Sihir adalah mainan dan sahabat syaitan. Kita tak tahu siapa yang melihat kita dengan pandangan kedengkian dan hasad. Kalau kita canang kita makin baik, itu pasti tidak disenangi orang yang melakukan kerana matlamat mereka ialah untuk melihat kita jatuh atau lebih buruk – mati! Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir dan musuh yang terselindung.

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Ahmad Fedtri Yahya

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Jadi Punca Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Sinki [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.