fbpx
Now Reading
Boleh Jadi Punca Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Sinki [Video]

Boleh Jadi Punca Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Sinki [Video]

Sekiranya isteri-isteri yang bekerja tidak sempat untuk melaksanakan kerja rumah, Ustaz Ariffin Ayob turut berkongsi tips atau petua yang boleh diikuti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk bekerja dan mencari nafkah bersama-sama bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Kesibukan kerja yang dihadapi terutama di bandar besar kadang-kala menyukarkan individu untuk membersih dan melaksanakan kerja rumah.

Malah, ekoran kepenatan yang melanda, ia turut menyebabkan kerja-kerja rumah yang mudah seperti membasuh pinggan juga tidak mampu untuk dilaksanakan.

Namun tahukah anda, tabiat tidak membuang sisa makanan dan membasuh pinggan boleh menjadi punca gangguan atau sihir di rumah?

Buang Sisa Makanan & Basuh Pinggan Sebelum Masuk Tidur

Menerusi video ceramah pengamal perubatan Islam Ustaz Ariffin Ayob yang dikongsikan di akaun TikTok Mr Zahid Zulkafli, beliau menasihatkan agar isteri membersihkan sisa makanan dan mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki.

Ini kerana ia boleh menjadi punca kepada sihir dan gangguan dalam rumah.

Namun, sekiranya isteri-isteri yang bekerja tidak sempat untuk melaksanakan kerja rumah, beliau berkongsi tips atau petua yang boleh diikuti.

“Pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, benda-benda bekas makan yang ada dalam sinki, kalau tak sempat basuh malam, tolong buang sisa itu.

“Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan,” katanya menerusi video berkenaan.

Kain Jemuran Di Ampaian Perlu Angkat Sebelum Maghrib

Pada masa yang sama, Ustaz Ariffin turut mengingatkan kepada kaum hawa terutamanya agar kain baju yang dijemur di ampaian perlu diangkat sebelum maghrib.

“Sibuk macam mana pun, baju di ampaian tolong angkat sebelum Maghrib. Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit,” katanya menerusi video berkenaan.

Ini kerana menurut beliau, pernah berlaku suatu keadaan di mana seorang wanita menemuinya bagi tujuan mendapatkan rawatan buat ketiga-tiga anak daranya yang sukar mendapat jodoh.

Malah, perkara ini dikatakan mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan pakaian dalam anak-anak perempuannya yang dibiarkan di luar pada waktu malam.

Baca Artikel Berkaitan: Supaya Kedai Tiada Pelanggan? Lelaki Temui Tujuh Jarum Ditampal Atas Siling Dipercayai Sihir [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.