fbpx
Now Reading
“2 Kali Rebus Tetap Sama” – Peniaga Terkejut Jumpa Gumpalan Rambut Misteri Dalam Laksa [Video]

“2 Kali Rebus Tetap Sama” – Peniaga Terkejut Jumpa Gumpalan Rambut Misteri Dalam Laksa [Video]

Menurut Prince Syed, kejadian misteri itu berlaku semasa dia dan isterinya meninggalkan seketika laksa yang sedang direbus itu di dapur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang peniaga pasti ada pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Selain daripada masalah kewangan mahupun kekurangan pelanggan, terdapat juga masalah lain seperti perbuatan khianat dan sebagainya.

Lebih parah lagi, apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan sihir demi menjatuhkan bisnes seseorang.

Prince Syed dan isteri terkejut temui gumpalan rambut dalam laksa yang direbus

Seperti baru-baru ini, tular video seorang TikTokers terkenal, Prince Syed bersama isterinya menemui segumpalan rambut di dalam laksa yang sedang direbus.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @syed.fatin.jaiden.haifa, kelihatan gumpalan rambut itu panjang dan berwarna hitam.

Kejadian berlaku semasa dia dan isteri tinggalkan sebentar laksa yang direbus

Menurut Prince Syed, kejadian misteri itu berlaku semasa dia dan isterinya meninggalkan seketika laksa yang sedang direbus itu di dapur.

“Ya Allah, wife menangis jadinya. Takpa bukan rezeki, Cuma penat sangat sebab pagi-pagi dah bangun mekap wife.

“Hari ini cadang berniaga laksa sebab ramai sangat rindu nak makan laksa kitorang. Maafkan kami, kami tak kuat.

“Kami tinggalkan laksa kejap sahaja sebab nak mekap wife sambil-sambil tunggu laksa siap alih-alih jadi macam ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kali kedua rebus laksa tetap jadi perkara yang sama

Lebih mengejutkan, mereka turut berdepan perkara sama sewaktu merebus mee laksa yang baharu.

Difahamkan, gumpalan rambut tersebut dikesan selepas selesai menapis rebusan laksa terbabit.

“Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat dekat kami macam ini,” tulisnya lagi.

@syed.fatin.jaeden.haifa

ya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Video berdurasi lima minit itu mendapat lebih satu juta tontonan dan 35,500 ribu tanda suka sekaligus meraih perhatian ramai.

Netizen percaya kejadian misteri yang berlaku itu angkara sihir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kejadian tersebut berlaku angkara perbuatan sihir.

Tidak hanya itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama dilalui mereka semasa sedang masak untuk berniaga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.