Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ilmu hitam seperti sihir untuk memudaratkan seseorang sememangnya wujud dari dahulu lagi bahkan terus diamalkan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab sehingga hari ini.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menemui barang dipercayai untuk kegunaan sihir yang dilekatkan di atas siling sebuah kedai.
Lelaki cabut barang sihir yang dilekatkan di atas siling kedai berdekatan aircond
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @kangafif_84, lelaki terbabit dilihat ingin mencabut sesuatu yang dipercayai kertas ditampal di atas siling berwarna putih berdekatan penghawa dingin kedai berkenaan.
Apa yang mengejutkan, sebaik dicabut, kelihatan tujuh batang jarum dilekatkan bersama kertas berkenaan.
7 batang jarum ditampal bersama kain berwarna kuning
Dalam video yang sama, kelihatan tujuh batang jarum itu ditampal bersama sehelai kain berwarna kuning.
Menurut lelaki itu, dia berasa sesuatu yang tidak kena di bahagian siling terbabit sebelum melakukan pemeriksaan dan menemui barang berkenaan.
Selain itu, seorang pengguna TikTok juga beranggapan bahawa tujuh batang jarum itu bersamaan dengan tujuh hari kedai terbabit akan suram tanpa pelanggan.
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mempersoal bagaimana jarum tersebut boleh dilekatkan di atas siling dengan warna yang sama iaitu putih.