fbpx
berang tak jumpa isteri, lelaki bakar pondok, pecahkan cermin kereta

Berang Cari Isteri Tak Jumpa, Lelaki Bakar Pondok Dan Pecahkan Cermin Kereta

Suspek yang merupakan seorang penganggur turut memecahkan cermin MPV jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang kerana tidak menjumpai isterinya, seorang lelaki di Sungai Petani, Kedah mengamuk dan bertindak membakar sebuah pondok.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Seri Astana pada pagi semalam (11 Julai), lelaki berkenaan turut bertindak memecahkan cermin sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) di kawasan berkenaan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, suspek turut didapati memegang sebilah parang dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu.

Cari isteri di rumah dan pasar pagi

“Suspek sebelum itu dikatakan mencari isterinya di rumah mereka, di taman perumahan di situ selain di pasar pagi namun tidak menemuinya.

“Lelaki terbabit kemudian pergi ke kedai makan yang sebelum ini diusahakan bersama isterinya dan masih tidak menemui wanita berkenaan,” jelasnya.

Berang tak jumpa bakar pondok belakang kedai makan

Menurutnya, suspek yang marah terus mengamuk dengan bertindak membakar sebuah pondok di belakang kedai makan milik mereka.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur turut memecahkan cermin MPV jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut,” katanya.

Jelas beliau lagi, suspek kemudian melarikan diri ke kawasan semak belakang pondok yang dibakarnya.

Beliau berkata, polis telah menerima laporan berkenaan insiden bergegas ke kawasan tersebut dan berjaya menahan suspek.

Suspek ada rekod jenayah, mungkin tertekan kerana alami masalah rumah tangga

“Ketika ditahan suspek tidak melawan dan mengaku bertindak sedemikian kerana tertekan akibat masalah rumah tangga.

“Kita turut merampas sebilah parang dan semakan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah,”ulasnya.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pecah cermin kenderaan dan ugutan jenayah.

Sekseyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan perlulah dikenakan denda, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.