fbpx
Now Reading
Pelanggan Tampar Pekerja Kedai Telefon Gara-gara Tak Puas Hati Cara Screen Protector Dibuka [Video]

Pelanggan Tampar Pekerja Kedai Telefon Gara-gara Tak Puas Hati Cara Screen Protector Dibuka [Video]

Tak puas hati dengan cara pelindung skrinnya dibuka, pelanggan lelaki itu kemudian bertindak mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menampar pekerja wanita berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita di sebuah kedai menjual aksesori telefon.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 12 Disember (Selasa) pada jam 1.38 tengah hari di sebuah kawasan perniagaan di Pagoh, Johor.

Tak puas hati mengenai cara pelindung skrin dibuka

Menerusi video yang dikongsikan oleh Kluang Hari Ini (KHI) di Facebook awalnya kelihatan pelanggan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan cara pekerja wanita terbabit membuka pelindung skrin telefon bimbitnya (screen protector).

Dia kemudian cuba membukanya dengan sendiri sebelum pekerja wanita berkenaan menunjukkan cara yang betul untuk membuka screen protector itu.

Keluarkan kata-kata kesat, baling barang dan tampar pekerja wanita

Pelanggan lelaki itu lalu meminta semula telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita terbabit.

Dia dalam masa sama dilihat masih mencuba untuk membuka screen protector tersebut.

Merasakan perbuatan lelaki itu tidak sopan, pekerja kedai aksesori telefon itu kemudian menegur secara baik, dan memintanya untuk menjaga percakapan.

Tidak lama kemudian, lelaki itu mula meninggikan suara sebelum bertindak membaling sesuatu ke arah wanita berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan dia juga turut menampar pekerja wanita berkenaan.

Melihat kekasaran lelaki tersebut, wanita itu kemudian mula naik berang dan membaling barangan yang berada di hadapannya ke arah pelanggan itu.

Berang dengan tindakan pelanggan, pekerja wanita halau lelaki keluar dari kedai

Selain itu, turut kedengaran wanita itu menghalau lelaki berkenaan keluar daripada kedai tersebut dalam keadaan marah.

“Puncanya dia (pelanggan) nak buka screen protector, lepas tu dia rentap sampai LCD pecah, sedangkan aku ni baik hati nak bukakan dan ajar cara buka.

“Dia tetap buat palatau (buat-buat tahu) dia pergi rentap skrin tu. Pastu salahkan aku? Aku pernah jumpa pelanggan yang langsung tak boleh buka dan aku bukakan tanpa pecah tau.

“Tapi dia berlagak nak buat sendiri konon nak tunjuk benda tu pecah, nama pun kaca, memanglah pecah,” tulis dalam video itu.

Susulan daripada kejadian yang berlaku kepada pekerja wanita berkenaan, KHI menerusi kapsyen turut meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil perhatian terhadap insiden tersebut.

Perbuatan pelanggan tersebut dalam pada itu turut mencetuskan kemarahan netizen dan ramai yang mahukan dia dikenakan tindakan undang-undang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.