fbpx
Now Reading
Didakwa Dera Pelajar Autisme, Cikgu Rupanya Cuba Halang Pelajar Dari Bertindak Agresif
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/budak-oku-tular-didera-kerana-dihalang-bertindak-agresif

Didakwa Dera Pelajar Autisme, Cikgu Rupanya Cuba Halang Pelajar Dari Bertindak Agresif

Guru tersebut disyaki melakukan perbuatan itu untuk menenangakan pelajar daripada terus bertindak agresif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu hantaran di dalam media sosial mendakwa seorang guru pendidikan khas telah mengakibatkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan yang juga autisme.

Hantaran tersebut yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Mona Din bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah turut dikongsikan semua oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Mazlee Malik di laman media sosialnya.

Terbaharu, Utusan Malaysia melaporkan, perbuatan yang dilakukan guru tersebut sebenarnya hanyalah cubaannya untuk menenangkan pelajar berkenaan daripada bertindak agresif.

Insiden berlaku di sebuah sekolah Pendidikan khas, ibu mangsa hadir buat laporan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah sekolah pendidikan khas di Seberang Jaya.

Susulan itu, ibu mangsa telah hadir ke Balai Polis Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 19 Julai untuk membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

Katanya, hasil siasatan lanjut polis mengesahkan mangsa adalah kanak-kanak autisme serta telah mengikuti kelas pendidikan khas di salah sebuah sekolah pendidikan khas di seberang jaya.

Dikatakan bertindak agresif dalam kelas hingga menyebabkan murid lain takut

Jelas beliau, insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi pada 19 Julai lalu itu bermula apabila kanak-kanak berkenaan bertindak agresif di dalam kelas hingga menyebabkan murid yang lain takut serta menangis.

“Akibatnya, seorang guru perempuan yang berusia lingkungan 30-an datang ke arah mangsa dan memegang kedua-dua belah telinga kanak-kanak itu dalam usaha untuk menenangkannya daripada terus bersikap agresif,” jelasnya

Tambah beliau lagi, perbuatan guru tersebut bagaimanapun telah mengakibatkan pelajar itu mengalami lebam pada kedua-dua bahagian telingan serta terpaksa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang, bagi rawatan selanjutnya.

Polis buka satu kertas siasatan

“Susulan kejadian ini, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Cheng San dalam masa yang sama, turut menasihati orang ramai agar tidak menghebahkan berita yang tidak sahih kerana boleh mengakibatkan kecelaruan maklumat serta kegelisahan kepada orang ramai.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.