fbpx
Now Reading
Kecoh Isu ‘Abang Kawasan’ Marah Penjaja Wanita, Rupanya Rebut Kawasan Berniaga [Video]
Abang kawasan marah wanita sebenarnya rebut kawasan berniaga

Kecoh Isu ‘Abang Kawasan’ Marah Penjaja Wanita, Rupanya Rebut Kawasan Berniaga [Video]

Suspek yang juga seorang peniaga buah potong dan minuman bertindak memarahi wanita berkenaan kerana tidak mahu dia berniaga di kawasan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh di media sosial sejak semalam (28 Julai) berhubung satu video yang menunjukkan seorang lelaki yang memberi amaran kepada seorang wanita yang mahu berniaga di satu kawasan di Batu Pahat, Johor.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang dipercayai ‘abang kawasan’ di situ turut dilihat mengugut wanita berkenaan berulang kali dan menghalangnya dari berniaga di kawasan itu.

Terbaharu Utusan Malaysia melaporkan, insiden tular itu berlaku kerana berebut kawasan berniaga.

Wanita dakwa dimarahi lelaki tidak dikenali masa sedang berniaga

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan, polis sudah menerima laporan berkaitan seorang wanita yang mendakwa dirinya dimarahi oleh individu yang tidak dikenali sewaktu sedang berniaga di sebuah kawasan Parit Raja, Johor.

Siasatan mendapati insiden berkenaan terjadi di hadapan sebuah restoran di Parit Jaya semasa wanita berkenaan bersama anaknya menunggang motosikal untuk menjual buah potong dari satu premis ke premis kedai lain pada jam 11.45 malam, 25 Julai lepas.

“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama-sama tiga anaknya yang berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Suspek sudah ditahan

@barry4671

Reply to @bukan_manusia9669 settle dh ke balai terus 😂

♬ Happy Laughing – Sound Effect

“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajahannya sehingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,” jelasnya.

Menurutnya, Lelaki yang berumur 37 tahun berkenaan telah diberkas polis dan menerusi siasatan suspek juga merupakan seorang peniaga buah potong serta minuman.

Lelaki marah sebab tak nak wanita berkenaan berniaga di kawasan tersebut

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya.

“Suspek juga didapati menjalankan perniagaan buah potong di kawasan Parit Raja hingga ke Kluang sejak dua tahun lalu, namun, tiada sebarang elemen jenayah dikesan dalam kejadian ini,” kata Ismail Dollah.

Oleh itu, beliau dalam masa sama turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang andaian berhubung klip rakaman yang tular tersebut untuk memberi laluan kepada polis melakukan siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.