fbpx
Now Reading
“Saya Harap Kapal LCS Pertama Dapat Disiapkan Dalam Setahun Dua” – Hishammuddin

“Saya Harap Kapal LCS Pertama Dapat Disiapkan Dalam Setahun Dua” – Hishammuddin

Menurut Menteri Kanan Pertahanan itu, beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan kabinet mengenai tahap penyiapan projek kapal LCS itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dijangka siap pada 5 tahun dahulu namun hingga kini masih menjadi tanda tanya mengenai status projek kapal perang tersebut.

Berikutan itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terpanggil untuk menjelaskan isu mengenai projek kapal LCS yang sudah menelan belanja sekitar RM6 bilion.

Ujar Hishammuddin ketika menjawab soalan di Dewan Negara semalam (8 Ogos), beliau berharap kapal pertama LCS mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi.

Kabinet beri tempoh 6 bulan hidupkan semula projek

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, kabinet memberinya tempoh enam bulan untuk mengerah usaha menghidupkan semula projek tersebut.

Menurutnya, beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan kabinet mengenai tahap penyiapan projek tersebut.

“Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi perbankan.

“Tetapi untuk Dewan ini saya nak nyatakan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua saya harap kapal pertama dapat kita siapkan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada TLDM, saya akan maklum kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan, pastikan ia mengikut apa yang telah dijadualkan,” katanya lagi.

PAC lapor terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek

Terdahulu isu mengenai kapal perang berkenaan kembali menjadi perdebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.

Pengerusi PAC, Wong Kah Who berkata, Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.