fbpx
Now Reading
Wanita Ditahan Curi Barang Bernilai RM1,000, Teman Lelaki Pula Cabut Lari [Video]

Wanita Ditahan Curi Barang Bernilai RM1,000, Teman Lelaki Pula Cabut Lari [Video]

Suspek wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi di pasaraya tersebut turut didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau berhubung kes dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita ditahan selepas cuba mencuri dan membawa lari beberapa barangan bernilai hampiri RM1,000 di sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru pada 31 Ogos lalu

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan seorang lagi suspek lelaki yang berumur 33 tahun yang disyaki pasangan kepada wanita berjaya melarikan diri dan kini diburu polis.

Bawa barangan yang diambil tanpa buat bayaran

Jelas beliau, kedua-dua individu berkenaan telah membawa barangan yang diambil itu keluar melalui mesin pengesan layan diri tanpa membuat sebarang pembayaran.

“Pengadu mula menyedari kejadian tersebut pada 31 Ogos jam 7.15 malam, apabila mendapati seorang wanita yang berumur 31 tahun bersama pasangan cuba mencuri barangan pasar raya tersebut.”

“Suspek lelaki langgar kereta orang awam semasa melarikan diri”

“Dalam kejadian lelaki warga tempatan itu telah berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Honda City nombor pendaftaran WD9391A dan memandu secara bahaya sehingga melanggar sebuah kereta di tempat letak kereta pasar raya tersebut sewaktu cuba ditahan orang awam,” katanya.

Polis rampas barangan yang diambil, suspek wanita positif dadah

Menurut beliau, pihaknya turut merampas beberapa barangan seperti pelbagai jenis coklat, produk kesihatan, aksesori kereta, serta pemegang telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM952.19.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek wanita warga tempatan tersebut adalah positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan dikenakan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Polis buru kekasih suspek wanita, punyai 10 rekod lampau

Katanya lagi, dalam masa sama polis masih mengesan suspek lelaki yang bernama Muhammad Firdaus Shamsudin yang juga mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan curi dalam bangunan, kes jenayah dan kes dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya atau yang kemudian boleh di kenakan penjara dan bolehlah dikenakan denda atau sebat.

“Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” maklum beliau lagi.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.