Isu Surat Tatatertib Diterima Cikgu Fadli Salleh, KP Pendidikan Maklum Ia Bukan Satu Hukuman [Video]

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial tentang Cikgu Mohd Fadli Salleh yang didakwa bakal berdepan dengan tindakan disiplin di mana akan dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara tersebut turut didedahkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook guru berkenaan, apabila dia dipercayai sebelum itu menyuarakan pendapat dalam memperjuangkan nasib murid serta silibus yang perlu diubah kerana sukar difahami oleh pelajar.

Baca artikel berkaitan: Dr Radzi Jidin Ajak Berjumpa Selepas Cikgu Fadli Salleh Dakwa Bakal Dibuang Kerja

Pihak pendidikan ambil maklum isu yang tular membabitkan cikgu Fadli

Susulan daripada isu tersebut, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali telah tampil menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan di media sosial berkenaan pendidik berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, beliau menjelaskan surat yang diberikan tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan oleh lembaga tatatertib.

Surat bertujuan untuk guru tersebut kemukan surat penjelasan bertulis

“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima pihak berkuasa tatatertib serta keperluan untuk cikgu Fadli mengemukakan representasi ataupun penjelasan bertulis.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa tatatertib telah pun menerima surat representasi daripada pihak cikgu Mohd Fadli Mohd Salleh pada 14 Oktober (Jumaat) dan lembaga tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin (17 Oktober).

“Prosedur tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan ianya diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat dan termasuklah diri saya sendiri,” ulasnya dalam video berkenaan.

Beliau dalam masa sama turut berharap ulasan yang diberikan itu dapat memberi kefahaman kepada semua pihak dan mengucapkan terima kasih kepada yang memberi kerjasama.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

6 hours ago