https://www.buzzkini.com/trending/2022/12/22/kami-berasa-takut-dolla-dakwa-diganggu-3-lelaki-mengaku-polis-siap-mintak-nak-check-mykad/ “Bukan Menyamar Tapi Pantauan” - PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Anggota Polis Sebenar | BuzzKini

“Bukan Menyamar Tapi Pantauan” – PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Anggota Polis Sebenar

Baru-baru ini, kumpulan pop wanita terkenal Dolla mendakwa telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis.

Dolla menerusi bebenang di Twitter mendakwa insiden tersebut berlaku pada 20 Disember lalu sewaktu mereka sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah sebaik selesai menjalankan sesi latihan menari sekitar jam 11.30pm.

Baca artikel berkaitan: “Kami Berasa Takut” – Dolla Dakwa Diganggu 3 Lelaki Mengaku Polis, Siap Mintak Nak ‘Check’ MyKad

Sedang buat rondaan cegah jenayah

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan wakil Dolla yang mereka telah ditahan 3 individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Sebaliknya ketiga-tiga individu berkenaan adalah anggota polis sebenar dan mereka sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan, sewaktu insiden berlaku tiga anggota polis itu sedang memantau kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

“Mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.”

Buat keputusan periksa selepas Dolla dalam keadaan mencurigakan

Jelas beliau lagi, tindakan tersebut diambil selepas mereka mendapati empat wanita itu (Dolla) berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam.

“Mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

60 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

24 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago