“Kami Berasa Takut” – Dolla Dakwa Diganggu 3 Lelaki Mengaku Polis, Siap Mintak Nak ‘Check’ MyKad
Dolla mendakwa mereka turut ditengking oleh lelaki-lelaki terbabit apabila bertanya mengapa mereka harus diperiksa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, kumpulan pop wanita terkenal Malaysia, Dolla menceritakan pengalaman seram mereka yang diganggu oleh tiga orang lelaki selepas selesai menjalankan sesi latihan menari.
Menerusi satu kenyataan yang dikonsikan di akaun Twitter rasmi kumpulan itu, mereka mengatakan kejadian tersebut berlaku pada 20 Disember sekitar jam 11.30 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Tiga lelaki menaiki kereta merenung ke arah mereka
“Tiga lelaki menaiki kereta Proton berwarna merah, memperlahankan kenderaan di sebelah kami dengan tingkap kereta diturunkan dan merenung kami untuk beberapa lama.
“Mereka merenung kami dengan pandangan yang membuatkan kami tidak selesa, kami berasa takut dan berfikir mereka ingin merompak kami” tulisnya.
Tiga lelaki dakwa anggota polis, tak pakai uniform dan bawa kereta polis
Menurut Dolla, ketiga-tiga lelaki terbabit keluar dari kereta dan menegur mereka sambil mendakwa mereka adalah anggota polis dalam keadaan tidak memakai uniform dan memandu kereta polis.
— DOLLA (@dollaofficialMY) December 21, 2022
“Mereka tidak menunjuk sebarang bukti identiti polis dan mereka terus menyoal siasat kami dengan bertanya apa kami buat di sini.”
Semak MyKad dan ambil gambar tanpa minta izin
Tidak hanya itu, mereka juga meminta Kad Pengenalan (IC) anggota kumpulan terbabit dan mengambil gambar MyKad tanpa meminta izin terlebih dahulu.
— DOLLA (@dollaofficialMY) December 21, 2022
Lebih mengejutkan, Dolla mendakwa mereka turut ditengking oleh lelaki-lelaki terbabit apabila bertanya mengapa mereka harus diperiksa.
“‘Kenapa tak boleh, kitorang polis!’ dengan cara yang kasar dan menakutkan. Kami keliru dan takut kerana kami tidak membuat sebarang kesalahan.”
Ketiga-tiga lelaki terus beredar setelah menyedari ada kenderaan lain berhenti
Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki terbabit terus beredar setelah menyedari kehadiran sebuah lagi kenderaan yang berhenti tidak jauh dari kawasan itu
Di akhir perkongsian, kumpulan terbabit berkata mereka tidak tahu bahawa situasi yang dilalui mereka adalah sesuatu yang benar atau tidak selain meminta orang ramai terutamanya golongan wanita untuk lebih berhati-hati.
Untuk info, pihak yang dibenarkan memeriksa IC adalah pegawai pendaftaran, kastam, polis, tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: