fbpx
Now Reading
Boleh Ke Pengawal Keselamatan Simpan IC Kita? Dengar Penjelasan Peguam Ini [Video]

Boleh Ke Pengawal Keselamatan Simpan IC Kita? Dengar Penjelasan Peguam Ini [Video]

Menurut peguam itu, pihak yang dibenarkan memeriksa IC adalah pegawai pendaftaran, kastam, polis, tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang ramai ketahui, antara kesulitan yang sering dihadapi ketika memasuki kawasan komuniti berpagar seperti kondominium dan pangsapuri adalah pengawal keselamatan akan meminta kad pengenalan (IC) sebelum membenarkan masuk.

Malah ada yang bertindak dengan memegang Mykad buat sementara dan memulangkannya kembali kepada pemilik ketika mereka ingin keluar.

Langkah ini bagaimanapun diambil demi memastikan tiada berlaku sebarang kejadian tidak diinginkan sepanjang pelawat tersebut masuk ke kawasan berpagar itu.

Namun hakikatnya masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu adakah pengawal keselamatan mempunyai hak dan kuasa untuk menyimpan sementara MyKad milik mereka.

Hal ini menyebabkan seorang peguam yang juga TikTokers terkenal berkongsi mengenai isu tersebut yang masih menjadi tanda tanya segilitir orang.

Pengawal keselamatan tidak boleh menyimpan IC milik orang lain

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @lawyergandhi, peguam tersebut berkata pengawal keselamatan sememangnya tidak boleh mengambil dan menyimpan IC milik individu lain.

@lawyergandhi

Lihat comment untuk ketahui situasi security guard boleh ambil IC anda #tiktokguru #lawyergandhi #tahukahanda #kadpengenalan

♬ original sound – sped up sounds

Menurutnya, hal ini kerana pengawal keselamatan tidak termasuk di dalam pegawai yang mempunyai kuasa untuk mengambil dan menyemak MyKad seperti yang diperuntukkan di dalam Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990.

Hanya boleh minta IC bagi tujuan semakan rekod dan pulangkan kembali

“Security guard (pengawal keselamatan) hanya boleh meminta IC bagi tujuan semakan/rekod dan kemudian mengembalikannya kepada pelawat,” tulisnya.

Jelas peguam itu, pihak yang dibenarkan memeriksa MyKad adalah :

Pegawai pendaftaran, kastam, polis, tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran.

Boleh menjadi kesalahan jenayah dibawah Peraturan 25

Sementara itu, hantaran di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan, perbuatan memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa dibawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.