fbpx
Now Reading
Profesor UA Direman 5 Hari, Didakwa Seleweng RM30K Duit Hasil Keuntungan Program Universiti
Profesor direman 5 hari seleweng duit rm30k

Profesor UA Direman 5 Hari, Didakwa Seleweng RM30K Duit Hasil Keuntungan Program Universiti

Profesor yang juga Timbalan Pengarah sebuah UA dilaporkan ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor 1 Mac lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang profesor yang juga Timbalan Pengarah sebuah universiti awam (UA) direman selama lima hari selepas didakwa menyeleweng wang lebih RM30,000.

Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani kepada profesor berkenaan sebaik sahaja permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis (2 Mac) pagi.

Profesor ditahan didakwa seleweng wang hasil keuntungan program

Memetik laporan Kosmo, suspek yang berusia 40-an itu ditahan pada 1 Mac lalu, selepas didakwa menyeleweng wang hasil keuntungan program konferensi antarabangsa di universiti berkenaan.

Menurut sumber, dia yang merupakan profesor gred Jusa C itu ditangkap sekitar jam 3.30 petang semalam (1 Mac) selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai menggunakan kedudukan atau jawatannya untuk mengambil wang berjumlah RM30,000 itu dan perbuatan itu dilakukan pada Ogos 2021.

“Dia telah membuat keputusan sendiri memasukkan wang keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran UA itu ke dalam akaun peribadi miliknya,” ujar sumber itu.

Terdahulu Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terhadap individu itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.