fbpx
Now Reading
Faktor Keselamatan, MAHB Hentikan Perkhidmatan Aerotrain KLIA Buat Sementara
Aerotrain dihentikan sementara

Faktor Keselamatan, MAHB Hentikan Perkhidmatan Aerotrain KLIA Buat Sementara

Menurut Pengurus MAHB, susulan perkhidmatan aerotrain itu dihentikan sebanyak 18 buah bas perantaraan telah disediakan untuk kemudahan penumpang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan penumpang sedang berjalan di atas landasan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas terkandas di tengah jalan.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang lelaki kelihatan mereka sedang menarik beg di dalam keadaan hujan renyai dan katanya mereka telah terkandas selama 1 jam.

@utusantvofficial

Keputusan itu diambil selepas #aerotrain terkandas 3 petang semalam, babitkan 114 penumpang. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #klia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Perkhidmatan Aerotrain dihentikan atas faktor keselamatan

Terbaharu, pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) memaklumkan pihaknya menghentikan perkhidmatan aerotrain atau Penggerak Penumpang Automasi di KLIA untuk sementara bermula 2 Mac disebabkan faktor keselamatan.

Menurut Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyatakan keputusan itu diambil berikutan berlakunya kejadian aerotrain yang terkandas sehingga melibatkan 114 penumpang sekitar jam 3 petang di KLIA pada 1 Mac lalu.

“Susulan keputusan menggantung operasi tren tersebut sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, sebanyak 18 buah bas perantara akan disediakan untuk kemudahan penumpang.

“Bas tersebut akan beroperasi sepanjang masa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit,” ulasnya dalam sidang media semalam (2 Mac).

Alami masalah teknikal, 114 penumpang terpaksa jalan kaki ke terminal satelit

Ujarnya, semasa kejadian berlaku satu aerotrain telah berhenti dengan tiba-tiba di atas landasan manakala satu lagi yang juga digunakan untuk membawa penumpang juga mengalami masalah teknikal.

Susulan dari kejadian itu, seramai 114 penumpang perlu berjalan sejauh 400 meter di atas landasan untuk pulang semula ke terminal satelit.

Kali kedua berlaku selepas 25 tahun beroperasi

Jelas beliau, sejak tren itu mula beroperasi pada 25 tahun lalu, kejadian itu merupakan kali kedua di mana penumpang terpaksa berjalan kaki atas faktor masalah teknikal yang dialami tren terbabit.

Katanya, bantuan sewajarnya seperti penginapan dan juga tiket penerbangan turut diberikan kepada 10 penumpang yang terlepas penerbangan gara-gara terkandas dalam tren tersebut.

Sementara itu, maklumnya kerja-kerja pembaharuan perkhidmatan tren berkenaan bakal siap dalam tempoh kira-kira tiga tahun dengan kos RM700 juta.

“Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ‘hidup’ dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala pembinaan aerotrain baharu juga harus diteruskan,” ujar Iskandar.

Beliau dalam masa sama turut memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.