
Sebahagian Siling Skybridge KLIA Terminal 2 Runtuh Akibat Cuaca Buruk
Insiden itu dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi akaun Twitter (X) pada petang semalam (24 Oktober).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 29 September yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun bermula 19 September hingga November 2023.
Keadaan ini akan menyebabkan beberapa lokasi di beberapa negeri mengalami kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam masa yang singkat.
Sehingga semalam (24 Oktober), apa yang diramalkan menjadi kenyataan apabila beberapa kawasan seperti di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga menyebabkan banjir serta kerosakan infrastruktur.
Sebahagian Siling Runtuh Akibat Cuaca Buruk
Gara-gara cuaca buruk yang melanda di kawasan sekitar, sebahagian siling Skybridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dilaporkan runtuh.
Insiden itu dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi akaun Twitter (X) pada petang semalam (24 Oktober).
Menurut MAHB dalam kenyataan tersebut, runtuhan itu berlaku di Aras 3, Balai Perlepasan di Skybridge tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian berkenaan.
Kerja-Kerja Membaiki Sedang Dijalankan
Menerusi hantaran yang sama, MAHB turut memaklumkan bahawa kerja-kerja membaiki runtuhan siling itu sedang dijalankan.
Malah, kawasan tersebut ditutup hingga proses pembaikan tamat dan pemeriksaan keselamatan selesai.
“Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami,” menurut MAHB.
Rectification works are ongoing and the area has been closed off until works and safety inspection are completed. Please avoid the cordoned-off area for your safety. If you require assistance, please approach our Airport CARE Ambassadors. #MYairportsshares #klia
— Malaysia Airports (@MY_Airports) October 24, 2023
Baca Artikel Berkaitan: