fbpx
Now Reading
KDN Lulus Usul UMNO Tak Pertandingkan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Parti

KDN Lulus Usul UMNO Tak Pertandingkan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Parti

Menurut Saifuddin Nasution, keputusan memberikan pengecualian kepada UMNO adalah berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk memberikan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c) (iv) Akta 832 kepada UMNO  berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyatan berkata, pihaknya telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lepas.

Jelasnya keputusan pengecualian itu diberi berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c) (iv) Akta 832 kepada UMNO.

“Ini berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang,” kata Saifuddin.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima oleh abatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Jelasnya surat tersebut yang bertarikh 3 Mac diterima daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.

Apa itu Seksyen 13 dan Seksyen 70 Akta 832?

Sebagai ringkasan, Seksyen 13 13(1) (c) (iv) Akta 832 adalah berkaitan pembatalan dan penggantungan sesebuah pertubuhan atas sebab-sebab tertentu.

Namun Seksyen 70 akta yang sama pula memberikan kuasa kepada menteri berkaitan untuk menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan di bawahnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.