fbpx
Now Reading
AJK Masjid & Surau Di Johor Boleh Dipecat Jika Panggil Penceramah Tiada Tauliah MAINJ
Ajk masjid boleh di pecat dan ambil tindakan

AJK Masjid & Surau Di Johor Boleh Dipecat Jika Panggil Penceramah Tiada Tauliah MAINJ

Titah baginda, jika ada mana-mana masjid mahupun surau yang gagal mematuhi peraturan yang diberikan maka semua ahli jawatankuasa akan dikenakan tindakan serta dipecat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, terdapat beberapa penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Wadi Annuar yang kuliah mereka terpaksa dibatalkan di negeri Selangor.

Pembatalan kuliah dari dua orang pendakwah itu adalah disebabkan kedua-dua mereka tidak mempunyai tauliah dari negeri berkenaan.

Susulan dari kes tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut meminta agar pihak masjid serta surau di negeri berkenaan untuk memastikan penceramah yang dijemput mempunyai tauliah dari Wilayah Persekutuan.

Baca artikel berkaitan: Masjid & Surau Perlu Pastikan Penceramah Jemputan Ada Tauliah Mengajar Islam- JAWI

AJK masjid atau surau boleh dipecat jika benarkan penceramah tiada tauliah

Turut tidak ketinggalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga bertitah ahli jawatankuasa di masjid mahupun surau di Johor boleh dipecat jika penceramah tidak mempunyai tauliah dari negeri terbabit.

Memetik Sinar Harian, Baginda memaklumkan bahawa setiap penceramah yang mahu memberikan kuliah perlu mendapatkan tauliah dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Baginda turut mengingatkan bahawa bagi sebarang penganjuran ceramah agama setiap ahli jawatankuasa di masjid mahupun surau wajib bagi mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak MAINJ menerusi Pejabat Kadi Daerah terlebih dahulu.

Perlu perincikan tajuk dan isi sebelum beri syarahan

Malah mereka juga perlu memperincikan setiap tajuk dan perkara seperti isi yang ingin disampaikan kepada khalayak.

“Sekiranya ada mana-mana masjid dan surau yang gagal patuhi peraturan ini, maka semua ahli jawatankuasa masjid dan surau itu akan diambil tindakan dan dipecat.

“Tindakan ini bukanlah untuk penghalang program penyebaran ilmu Islam tetapi adalah untuk kawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarak yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar semalam (16 Mac).

Mahu kawal dari golongan pelampau agama yang boleh menyebabkan kekeliruan

Jelasnya, perkara ini dilakukan bertujuan untuk mengawal golongan pelampau agama yang boleh menyebabkan umat Islam dan golong kurang ilmu dari menjadi keliru.

“Sehubungan itu juga, kerajaan harus meningkat mutu pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi bagi melahirkan generasi masa depan yang tinggi ilmu pengetahuan,” katanya.

Pada 8 Mac lepas, MAINJ turut memaklumkan bahawa individu yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa tauliah di Johor akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Khalid menyatakan bukan hanya kepada individu mengajar sebaliknya penganjur acara juga akan dikenakan tindakan. Ini kerana mereka dianggap bersubahat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.