Tragedi Basikal Lajak: Mahkamah Rayuan Lepas, Bebaskan Sam Ke Ting

Mahkamah Rayuan hari ini (11 April) melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, 27, dari hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 berhubung insiden basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja pada enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman tersebut yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.

Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tidak betul – Hakim Hadhariah

Hadhariah ketika membaca penghakiman menjelaskan keputusan ini selepas panel hakim mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu cacat.

“Pertuduhan yang dikenakan adalah tidak betul, cacat jadi sabitan juga tidak betul. Atas alasan ini sahaja, maka rayuan adalah dibenarkan. Awak kini adalah orang yang bebas,” kata Hakim Hadhariah.

Selain Hadhariah, dua lagi hakim yang bersidang bersama-sama adalah Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April 2022 memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar turut memerintahkan Ke Ting untuk menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Sebagai info, lapan remaja yang maut dalam tragedi pada awal pagi 18 Februari 2017 itu ialah :

  • Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14
  • Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14
  • Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16
  • Fauzan Halmijan, 13
  • Mohamad Azhar Amir, 16
  • Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14
  • Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14
  • Haizad Kasrin, 16

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

6 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

8 hours ago