Perlukah Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Sejak kebelakangan ini, topik mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri antara isu yang paling banyak diperbincangkan di kalangan rakyat Malaysia.

Ianya selepas penularan satu foto kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat penetapan tarikh 1 Syawal sehari lebih awal iaitu pada Jumaat (21 April) berbanding dari tarikh 22 April yang dijangkakan.

Meskipun JAKIM sudah membuat penafian, ianya kembali menjadi topik hangat apabila Pusat Astronomi Antarabangsa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan bulan Ramadan akan berakhir pada hari Khamis (20 April) untuk beberapa negara di Timur Tengah itu.

Satu persoalan yang timbul, sekiranya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, adakah kita sebagai umat Islam perlu mendirikan solat Jumaat atau sebaliknya?

Sehubungan itu, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan perkara berkenaan selepas menerima soalan sedemikian dalam satu ceramah pada minggu lalu.

Ada yang wajib solat, ada yang tidak

Menurut UAI, jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, ada golongan yang wajib dan tidak wajib untuk melakukan solat Jumaat.

Jelasnya, mereka yang tinggal jauh dari masjid tidak diwajibkan dan digugurkan kewajipan untuk mendirikan solat jumaat. Ini kerana mereka sebelum ini telah bersusah payah datang ke masjid untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya.

“Pagi dia berjalan kaki dari jauh datang nak sembahyang raya, kemudian balik ke kampung nak (menyambut) Hari Raya.

“Tengah hari mereka kena lagi berjalan kaki jauh (ke bandar), mereka digugurkan kewajipan,” ujarnya.

Namun buat mereka yang berkemampuan yakni berkenderaan dan golongan yang rumahnya dekat dengan masjid, mereka masih diwajibkan untuk Solat Jumaat.

“Adapun kita yang duduk dengan bandar, dekat dengan masjid, mempunyai kereta mewah, tidak gugur solat Jumaat,” kata beliau lagi.

Kongsi kisah zaman Rasulullah SAW

UAI dalam masa sama turut berkongsikan satu kisah di zaman Nabi Muhammad SAW yang dilihat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan tersebut.

“Jadi zaman nabi dahulu ada yang duduk di kawasan pergunungan.

“Yang memerlukan mereka untuk berjalan kaki selama enam atau tujuh batu selepas waktu subuh kerana mahu sembahyang raya dengan Rasulullah S.A.W. di Madinah,” kata UAI.

Namun sebaik selesai solat Hari Raya, sahabat-sahabat tersebut kembali semula ke rumah mereka di pergunungan.

Apabila tibanya waktu solat Jumaat, mereka perlu turun semula dan berjalan kaki ke masjid namun Rasululullah SAW memberi kelonggaran yang mana mereka tidak perlu kembali untuk Solat Jumaat.

“Sekiranya mahu pergi juga untuk sembahyang, juga boleh. Ini kerana di tempat mereka, tidak mempunyai masjid.

“Jadi siapa yang duduk di Kota Bharu dengan berjalan kaki ke masjid, kemudian balik semula ke bukit (pedalaman), tidak wajib untuk kembali (solat) di Kota Bharu,” kata pendakwah itu lagi sebagai contoh.

Baca artikel berkaitan: “Mung Sape, Nak Ulas-Ulas?” – UAI ‘Sound’ Netizen Suka Masuk Campur Hal Tetapan Tarikh Hari Raya [Video]

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

11 hours ago