https://www.buzzkini.com/news/2023/05/16/diam-tular-video-pengasuh-berang-herdik-hempas-bayi-yang-enggan-berhenti-menangis/ Pengasuh Tular Dera Bayi Di Mutiara Rini Direman 4 Hari | BuzzKini

Pengasuh Tular Dera Bayi Di Mutiara Rini Direman 4 Hari

Seorang pengasuh di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Skudai, Johor telah ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut berhubung video tular memperlihatkan seorang bayi yang disyaki didera.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret R Salini ke atas suspek yang berusia 21 tahun mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001

Suspek ditahan reman sehingga Jumaat ini

Suspek warga tempatan dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna jingga itu akan ditahan reman sehingga Jumaat (19 Mei).

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya menahan suspek terbabit kira-kira jam 2.00 pagi tadi di kawasan Bandar Selesa Jata, Skudai.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska yang berada di kawasan Mutiara Rini.

“Mangsa adalah bayi perempuan berusia 11 bulan dan bayi lelaki berusia sembilan bulan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini (16 Mei).

Siasatan awal polis mendapati taska berkenaan tiada lesen sah

Menurut Kamarul Zaman, siasatan awal pihak polis mendapati taska berkenaan tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.

Jelasnya lagi, beliau juga mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kejadian dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 019-8822403 untuk membantu siasatan.

Tular video pengasuh dera bayi sedang menangis

Terdahulu, tular di media sosial dua video yang memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai pengasuh telah menganiaya seorang bayi yang enggan berhenti menangis ketika waktu tidur.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan pengasuh terbabit mengherdik dan menepuk kepala bayi tersebut berkali-kali seolah ingin melepaskan geramnya.

Di dalam satu lagi video berasingan pula, pengasuh tersebut dilihat mengangkat bayi tersebut sebelum dilepaskan atau dihempas beberapa kali di atas tilam yang nipis.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

24 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

1 hour ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago