fbpx
Now Reading
Individu Amuk Baling Kerusi, Meja & Makanan, Gara-Gara Pekerja Lelaki Tak Panggil ‘Abang’ Atau ‘Baby’ [Video]

Individu Amuk Baling Kerusi, Meja & Makanan, Gara-Gara Pekerja Lelaki Tak Panggil ‘Abang’ Atau ‘Baby’ [Video]

Sebaik sahaja pesanan makanan diserahkan kepada suspek, dia kemudian bertindak agresif dengan memaki hamun serta membuat ugutan mahu merosakkan harta benda restoran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan agresif seorang lelaki ketika berada di sebuah kedai makan di Putra Height, Subang Jaya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Darlis Nasi Dagang, lelaki tersebut pada awalnya menjerit sebelum bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman sehingga terkena kepada seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Seorang wanita kemudian segera menarik tangan kanak-kanak tersebut dan memarahi lelaki berkenaan dari jarak jauh seperti meminta lelaki itu beredar dari premis terbabit.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kejadian yang berlaku pada Ahad (4Jun) lalu itu turut mengundang perhatian pelanggan lain yang sedang menjamu selera di kedai tersebut.

Polis terima laporan kes dari pengusaha restoran

Susulan dari penularan video tersebut, satu laporan berhubung kejadian itu telah diterima pihak polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan laporan mengenai insiden itu dilakukan oleh pengusaha restoran berkenaan.

Minta mangsa, pekerja restoran lelaki panggilnya ‘abang’ atau ‘baby’

Jelasnya, hasil siasatan mendapati insiden yang berlaku pada jam 9 pagi itu akibat salah faham antara pekerja restoran dan juga suspek.

“Pekerja lelaki itu telah memanggil suspek dengan panggilan ‘pak cik’, tetapi suspek meminta pekerja itu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

“Setelah pekerja mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan oleh suspek, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda kedai tersebut.

“Suspek bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” ujarnya dipetik Kosmo.

Baling kerusi dan tendang meja sehingga buat pelanggan takut

Katanya lagi, suspek turut membaling beberapa biji kerusi dan menendang beberapa meja sehingga membuatkan orang ramai di dalam kedai berasa takut dan terganggu.

Menurutnya pihak polis kini sedang giat melakukan usaha dalam mengesan serta menangkap suspek.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek melalui no telefon 03-78627100 Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh A/L Ganasan di talian 011-33094457. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.