fbpx
Now Reading
Tular Pelajar Di Hantar Ke Sekolah Naik Helikopter, Polis Rujuk Kes Pada CAAM Untuk Tindakan Lanjut

Tular Pelajar Di Hantar Ke Sekolah Naik Helikopter, Polis Rujuk Kes Pada CAAM Untuk Tindakan Lanjut

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, kes tersebut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kerana diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang menunjukan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran satu kawasan taman perumahan hingga mencetuskan suasana gempar.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 jam 8.00 pagi pada 17 April lalu.

Pelajar sekolah swasta di Setia Eco Park dihantar naik helikopter

Video kejadian yang telah dirakam oleh seorang penduduk di sekitar kawasan tersebut mendapati helikopter berkenaan mendarat untuk menghantar seorang pelajar sekolah swasta di Setia Eco Park, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut setelah mengesan penularan video terbabit.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes dirujuk ke CAAM, diklasifikasi sebagai ROA

Menurutnya, kes tersebut akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan lanjut memandangkan ia diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA).

Terdahulu, media melaporkan seorang penduduk berkongsi video memaparkan sebuah helikopter berlepas dari kawasan lapang berhampiran kawasan perumahan di Bukit Bandaraya, Shah Alam.

Terdapat juga gambar menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.

Rakaman penerbangan helikopter itu juga turut dikongsikan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) di akaun TikTok rasminya.

Video

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.