Gaji Tidak Sepadan Dengan Kos Sara Hidup Pada Masa Kini -Penganalisis Ekonomi

Kos sara hidup merujuk kepada kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bagi menampung keperluan harian asas antaranya seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan.

Kos ini adalah berbeza mengikut individu bergantung kepada faktor kawasan, tempat tinggal serta gaya hidup individu terbabit.

Berdasarkan panduan Belanjawanku 2022-2023 yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 13 Jun yang lalu, Lembah Klang merupakan bandar yang mempunyai kos sara hidup yang paling tinggi di Malaysia dengan peningkatan kos melebihi RM150 bagi setiap kategori isi rumah berbanding tahun 2019.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

Kos Sara Hidup Tidak Sepadan Dengan Gaji

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, gaji yang diperolehi oleh segelintir individu sebenarnya tidak sepadan dengan kos sara hidup pada masa kini.

Bagi beliau, pendapatan bulanan yang rendah berbanding kos sara hidup yang tinggi menyukarkan individu terlibat untuk membuat simpanan khususnya simpanan kecemasan.

Barjoyai berpendapat, pihak yang bertanggungjawab seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan nasib golongan yang berpendapatan rendah ini terbela dan masalah ini dapat diselesaikan.

Kenaikan Kadar Inflasi & Gaya Hidup Menjadi Faktor Kenaikan Kos Sara Hidup

Beliau turut mengakui bahawa kos sara hidup sukar untuk diturunkan memandangkan ia dipengaruhi oleh faktor lain seperti kenaikan kadar inflasi dan juga taraf hidup.

“Pada masa sama, agak susah untuk menurunkan kos sara hidup sebab ia bukan saja ditentukan kadar inflasi, tetapi dikaitkan dengan peningkatan taraf hidup,” katanya.

Menurut beliau, gaya hidup individu pada masa kini contohnya seperti penggunaan jalan raya bertol dan makan luar seminggu sekali turut mempengaruhi kenaikan dalam kos ini.

“Misalnya, zaman dahulu semua naik motosikal di jalan-jalan kecil, tetapi sekarang sudah ada lebuh raya bertol. Dahulu, makan nasi lauk ikan dipan­cing sendiri dengan sayur dipetik belakang rumah, tetapi hari ini sekurang-kurangnya seminggu sekali makan di luar,” ujar beliau lagi.

Tingkatkan Produktiviti Pekerja, Majikan Perlu Naikkan Gaji Bulanan

Barjoyai mendakwa, kebanyakan pekerja tidak dibayar gaji yang tinggi kerana ada sesetengah majikan merasakan produktiviti pekerja adalah rendah.

Malah, menurut beliau, Malaysia telah berhadapan dengan keadaan yang digelar sebagai jerat kelas menengah selama hampir 20 tahun.

“Jerat kelas menengah ini wujud kerana pekerja dibawa masuk dengan mempunyai sedikit kemahiran, jadi, mereka mendapat gaji agak rendah,” katanya.

Bagi beliau, keadaan gaji yang rendah ini mendorong bank menawarkan pinjaman bagi golongan ini yang akhirnya menyebabkan mereka berhutang dan kos hidup mereka meningkat.

“Apabila terjerat dalam hutang, setiap bulan kena bayar ansuran, jadi ia memberi tekanan kerana mengurangkan lagi pendapatan boleh guna,” ujar beliau.

Justeru, beliau berpendapat, bagi menangani masalah ini, majikan seharusnya menyediakan latihan, meningkatkan kemahiran dan kelayakan pekerja agar produktiviti pekerja dapat ditingkatkan dan sekali gus menaikkan pendapatan bulanan mereka.

Terdahulu, media melaporkan satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak mempunyai tahap celik kewangan dan kurang kesedaran untuk menabung.

Keadaan ini dipengaruhi oleh kurangnya pengetahuan tentang kewangan serta sikap individu yang gemar berbelanja melebihi kemampuan serta berhutang dengan ah long.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

11 mins ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

39 mins ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

57 mins ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

2 hours ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

18 hours ago