30 Atlet Paralimpik Tempatan Sertai Lazada Run
Lazada Run Malaysia akan berlangsung pada 16 Julai 2023, Ahad, dari 3.30 pagi hingga 10.00 pagi di Persiaran Flora, Cyberjaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil meningkatkan kesedaran tentang atlet kelainan upaya, platform e-dagang Asia Tenggara, Lazada dengan bangganya mengumumkan penyertaan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) dalam Lazada Run Malaysia.
Lebih 30 atlet paralimpik yang berbakat dan terkenal dalam tiga kategori utama Sukan Paralimpik, iaitu kelainan fizikal, visual, dan intelek akan mengambil bahagian dalam acara larian 1 km di mana perasmian (flag off) akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Acara khas ini menunjukkan komitmen Lazada terhadap keterangkuman dan sokongan terhadap atlet kelainan upaya.
Hannah Yeoh menyatakan bahawa Lazada Run akan dapat menggalakkan kecergasan selain memperkasakan individu untuk merangkul gaya hidup yang aktif.
“Dengan usaha kami bersama Lazada untuk menggalakkan gaya hidup sihat, kami bukan sahaja meraikan penyertaan Majlis Paralimpik Malaysia dalam acara ini, namun kami juga membuktikan komitmen kami kepada atlet kelainan upaya. Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya percaya bahawa semua individu harus mendapatkan akses kepada sukan dan acara ini adalah contoh terbaik di mana rakyat dari semua lapisan masyarakat dapat berhimpun untuk tujuan bersukan.”
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Demi membuktikan lagi sokongan terhadap atlet paralimpik negara kita, Lazada akan menyampaikan sumbangan kepada Majlis Paralimpik Malaysia semasa acara tersebut.
Detik terpenting yang akan disaksikan oleh YB Hannah Yeoh ini mengetengahkan matlamat bersama untuk mempromosikan semangat kesukanan dalam kalangan individu kelainan upaya lalu menyatakan sokongan yang berterusan terhadap inisiatif dan usaha PCM dalam misi mereka untuk memperoleh lebih banyak pingat emas semasa Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti, dibawah inisiatif pendanaan awam TambahEMAS.
Presiden PCM Dato’ Sri Megat D. ShahrimanM dan Setiausaha Agung, Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair menekankan bahawa sukan berfungsi sebagai kuasa penyatuan yang membantu kita mengenali, meraikan dan menerima perbezaan yang sudah pasti wujud antara manusia.
“Acara seperti Lazada Run mengingatkan kita bahawa mereka yang kelainan upaya berhak untuk menyertai acara sukan. Penyertaan kami bukan sahaja membuktikan sokongan kami yang tidak berbelah bagi untuk atlet kelainan upaya, malah ia juga bertujuan untuk mendatangkan kesedaran sambil menyerlahkan kepentingan untuk meningkatkan sukan paralimpik dengan mempamerkan kebolehan luar biasa tiga puluh atlet berbakat negara kita.”
Kedua-kedua Presiden dan Setiausaha Agung PCM mengucapkan terima kasih kepada sektor korporat atas sokongan mereka terhadap sukan paralimpik dan terutamanya kerana memahami keperluan 15% penduduk di seluruh dunia yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (#WeThe15).
Acara larian serantau pertama anjuran platorm e-dagang
Acara Lazada Run ini merupakan acara larian serantau yang pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh platform e-dagang yang bertujuan untuk memberi inspirasi lalu memperkasakan pengguna tempatan untuk meningkatkan tahap kesihatan kehidupan mereka.
Acara larian ini menampakkan penjelajahan ke enam bandar utama di Asia Tenggara yang telah bermula di Ho Chi Minh pada 23 April 2023, diikuti Jakarta, Bangkok, Manila, dan Kuala Lumpur, sebelum ia berakhir di Singapura pada 23 Julai 2023.
Lazada Run menyediakan peluang interaktif untuk pelanggan dan pelari untuk mengenali jenama kegemaran mereka yang merentas kategori termasuk Sukan, Fesyen, Kecantikan, Elektronik dan banyak lagi melalui Experiential Zones yang didirikan khas untuk pengalaman yang lain daripada yang lain.
Lazada Run Malaysia akan berlangsung pada 16 Julai 2023, Ahad, dari 3.30 pagi hingga 10.00 pagi di Persiaran Flora, Cyberjaya. Ia akan menampilkan tiga kategori larian – 5km (untuk kanak-kanak dan dewasa), 10km dan 21km, dengan lebih RM20,000 hadiah wang tunai untuk dimenangi. Semua pelari yang berjaya menamatkan larian turut akan menerima pingat.
Pemenang tempat pertama untuk pelari lelaki dan wanita dalam Kategori Terbuka 10km dan 21km akan mendapat peluang untuk ke Singapura untuk menyertai acara terakhir Lazada Run pada 23 Julai 2023, di mana mereka akan bersaing dengan para pemenang dari lima bandar yang lain untuk merebut gelaran ‘Ultimate Winner’.
Terdapat acara untuk kanak-kanak
Di samping itu, terdapat juga acara Kid’s Dash untuk golongan kanak-kanak, serta pilihan untuk menyertai Cart Dash yang dibuka kepada semua yang berjaya menamatkan larian.
Dengan hanya RM30, mereka yang berjaya menamatkan larian boleh mengambil bahagian dalam larian pecut 30-meter dan berpeluang untuk merebut seberapa banyak kotak hadiah dalam masa 20 saat. Kotak-kotak tersebut akan mengandungi hadiah-hadiah yang terdiri daripada diskaun, baucar, tawaran istimewa, dan hadiah percuma daripada Lazada dan rakan kongsi Lazada Run.
Selepas menamatkan larian mereka, para pelari boleh membawa diri ke Lazada Village untuk menikmati makanan, minuman, permainan, dan juga untuk mendapatkan tawaran eksklusif yang tersedia. Orang ramai juga boleh menikmati aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Lazada Village pada 16 Julai 2023, dari 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Bagaimana untuk mendapatkan tiket?
Tiket untuk Lazada Run boleh dibeli melalui aplikasi Lazada – klik pada ikon ‘Lazada Run’ pada tab ‘Home’ atau taip ‘Lazada Run’ dalam bar carian.
Harga tiket untuk Lazada Run pula adalah seperti berikut:
Syarat-syarat penyertaan
Peserta Lazada Run mestilah berumur 13 tahun ke atas, manakala peserta bagi kategori 5km Kanak-Kanak mestilah dalam lingkungan umur 4 – 12 tahun. Pakaian untuk Lazada Run ditaja secara eksklusif oleh PUMA.
Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda di aplikasi Lazada dan mulakan latihan anda untuk Lazada Run! Klik di sini untuk pendaftaran dan juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara istimewa ini.