fbpx
Now Reading
JPJ Bakal Keluar Notis Temu Siasat Pemilik McLaren Lepas Tular Nombor Plat QPA1

JPJ Bakal Keluar Notis Temu Siasat Pemilik McLaren Lepas Tular Nombor Plat QPA1

Menurut Pengarah JPJ WPKL, Erick Jusiang kereta McLaren tersebut tidak sama dengan pemiliknya mengikut data di dalam sistem MySikap dan siasatan lanjut masih berjalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang kenderaan mewah Mclaren yang menggunakan nombor plat QPA1 dicari oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur selepas mengesahkan ia bukan nombor pendaftaran sebenar kereta tersebut.

Malah JPJ memaklumkan bahawa nombor plat kenderaan tersebut adalah daripada pihak yang berbeza.

Perkara itu kemudian turut mendapat perhatian pemilik kenderaan mewah tersebut yang menjelaskan nombor plat itu tidak digunakan di atas jalan raya dan menyatakan ia adalah perkara biasa untuk orang kahwin memakai nombor yang fancy, cantik atau letak nama sendiri.

Dia juga turut memaklumkan tidak menerima sebarang surat mahupun panggilan daripada pihak JPJ.

JPJ akan keluar notis temu siasat pada pemilik McLaren

Terbaharu, satu notis temu siasat akan dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik McLaren berhubung isu tersebut.

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang memaklumkan hasil semakan mendapati nombor plat berkenaan berbeza dengan data di dalam sistem aplikasi MySikap.

“Kereta McLaren itu sememang tidak sama dengan pemiliknya mengikut data dalam sistem MySikap dan siasatan lajut masih berjalan. Daripada segi pemilik berdaftar, nombor pendaftaran semua ada, kecuali data mengenai kereta McLaren itu.

“Memang menjadi kesalahan (menggunakan nombor pendaftaran lain) daripada segi undang-undang.

“Dalam masa terdekat ini, kita berbincang untuk mengambil tindakan dengan mengeluarkan Notis 114 kepada pemilik kereta itu. Kita belum mengeluarkan saman, semuanya masih dalam proses siasatan,” jelasnya dipetik MalaysiaGazette.

Siasatan yang dilakukan itu turut meliputi kepada aspek mengubah suai kereta serta tindakan bakal diambil sekiranya ia melebihi dari tetapan yang dibenarkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.