fbpx
Now Reading
Haram Jatuhkan Pemimpin Yang Jalankan Tanggungjawab Dengan Baik, Kata Mufti Pulau Pinang

Haram Jatuhkan Pemimpin Yang Jalankan Tanggungjawab Dengan Baik, Kata Mufti Pulau Pinang

Menurut Dr Wan Salim, haram hukumnya menjatuhkan pemimpin yang terbukti menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik adalah hadis sahih dari Ibnu ‘Abbas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim menjelaskan bahawa haram hukumnya untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang jelas terbukti mengalas tanggungjawabnya dengan baik.

Beliau berkata demikian, bagi mengulas berhubung video tular melibatkan pemimpin dari sebuah parti politik yang sebelum ini mengatakan hukumnya adalah wajib bagi menjatuhkan kerajaan hari ini yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Hukum haram adalah dari hadis sahih

Jelas Wan Salim, hukum haram menjatuhkan pemimpin yang baik itu merupakan pandangan bersandarkan kepada hadis sahih yang dikeluarkan oleh al-Hakim menerusi al-Mustadrak yang diriwayatkan Ibnu ‘Abbas.

“Menerusi hadis ini telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, barang siapa melantik seseorang menjadi pemimpib ke atas orang-orang beriman sedangkan (terdapat) dalam kalangan mereka orang yang lebih baik daripadanya makan sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

“Oleh itu, saya berpandangan sekiranya didapati dengan bukti-bukti yang menyakinkan bahawa seseorang itu adalah pemimpin yang terbaik maka adalah haram dia dijatuhkan,” ujarnya dipetik Kosmo.

Haram untuk menjatuhkan pemimpin yang dilantik secara sah

Katanya lagi, hukumnya haram menjatuhkan pemimpin yang dilantik secara sah.

“Adapun keabsahan atau legitimasi kepimpinan adalah terhasil dengan dua faktor iaitu menegak syariat Allah dan kedua, kerelaan umat Islam.

“Penegakan syariat bukan dengan percakapan tetapi dengan tindakan seperti melaksanakan keadilan, kebajikan untuk rakyat, membasmi kemiskinan, memerangi kefasadan dan kemungkaran termasuk rasuah dan sebagainya.”

Reda umat Islam menerusi persetujuan antara pemimpin dengan rakyat

Menurut beliau, keredaan umat Islam berlaku menerusi persetujuan bakal pemimpin serta rakyat iaitu bay’ah yang bermaksud jual beli.

“Ini adalah kerana pemerintahan adalah sejenis transaksi seperti jual-beli dan ia tertegak dengan saling reda-meredai atau mutual concent.

“Dalam sistem demokrasi masa kini bay’ah diterjemahkan ke dalam bentuk undi pilihan raya bebas untuk memilih wakil rakyat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN),” jelas Wan Salim.

Sementara itu, Wan Salim turut menyatakan bahawa dalam politik boleh menggunakan agama namun ia perlulah untuk tujuan membina sebagai contoh usaha meratakan keadilan serta kebajikan masyarakat, menghormati perlembagaan negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.